~Jumpa Bakal Mak mertua~

HARI hujan dah semakin lebat,
Fadhil (bukan nama sebenar) mendengus marah.
Habis pogramya hari ini.
Semalam dahlah tak dapat pergi
sebab ada kematian di kampung.
Inilah pula cuaca basah macam ini.
Fadhil ke tepi tingkap.Dia
mengangguk kepala seorang diri.
    "Tak kira, kalau hari ini aku tak menyatakan hasrat hati
takut nanti tak sempat pulak.Tunggu hujan teduh sikit aku akan redah juga"
kata hati kecil Fadhil.
    Fadhil terbayang wajah Nori(Bukan Nama Sebenar) yang sedang
tersenyum, rambutnya panjang ikal mayang dan lesung pipit membuatkan siapa saja terpandang Nori pasti terpikat.
    "Hish!Tak Boleh jadini, nanti dikebas orang.Hujan pun macam dah mula mengerti nak berhenti."Fadhil terus masuk ke bilik dan mengadap cermin
1.    Tip pertama untuk bertemu kekasih hati ialah penampilan diri
    Fadhil membaca nota di cermin yang ditampalnya sendiri(semalam br print).Tangannya cepat mencapai sikat yang giginya kurang skit.Dia memegang baju dan seluarnya.Fadhil bergaya didepan cermin dan dia mengangkat ibu jari tanda bagus pada dirinya sendiri.
2.    Tip kedua membawa buah tangan untuk mengambil hati
    Fadhil berkerut dahi tapi langkah akinya menuju ke dapur.Matanya melilaulilau di atas meja dapur.Fadhil mencapai supik gelenya(bahasa kelate) atau palstik or supik buah yg dibeli oleh maknya di pasar tani pagi tadi.Fadhil terus terbang atau berlari dengan cepat menuju kedalam kamar beliau smula dan menggapai nota yang ditampal di cermin itu.
    Fadhil menarik nafas lega.Hari ini kalau Nori tiada dirumah pun tak mengapa sebab niat Fadhil sememangnya untuk bertemu Keluarga Nori dan menyampaikan isi kuku hatinya yang dh kemaruk itu.
3.    Tip ketiga perlu membaca Bismillah dan melangkah dengan kaki kanan
    Kasut putih macam kasut kedai Kasut YOU disarungkan pada kakinya, dengan langkah teratur dan lemah gemalai Fadhil  melangkah menuju ke rumah Keluarga Nori dengan penuh harapan.Langkah Fadhil menjadi perhatian gadis seusianya dan menjadi semakin perlahan bila melalui becak dihadpaan dek hujan yg turun 30minit td tapi itu semua bukan penghalang utuk Fadhil nyata kan hasrat dihati pada Nori serta keluarga Nori.Pada mulanya niat dihatinya hanya untuk berjumpa dengan Nori dan memberitahu rahsia hatinay terhadap Nori tapi alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal lengan(suara macam nordin ahmad).Fadhil akan terus berjumpa dengan keluarga Nori dan menyampaikan hasrat di hatinya.
    Memang bukan senang untuk berdepan dengan bakal keluarga kekasih.Perlu ada kekuatan diri untuk bercakap tapi itu semua tidak melemahkan semangat cinta Fadhil terhadap Nori.Hati Fadhil semakin berdebar, hanya beberapa langkah lagi Fadhil akan sampai ke depan pintu pagar rumah Nori.Walapun kakinya semakin berat tapi Fadhil tidak akan berpatah balik.
4.    Tip keempat menjaga diri dan tutur kata
    Fadhil memegang mulutny.Dia berharap agar dia boleh bertutur sebab sekarang dia rasa lidahnya kelu.Fadhil mengumpulkan semangat dan tiba-tiba terpancul dari mulutnya salam kepada Tuan Rumah
        "Assalamualaikum"Suara mendayu macam suara jamal abdillah sedikit ada vibrator
        "Waalaikumusalam, Fadhil Masuklah"Pak Ali, ayah Nori menyambut kedatangannya.
        "Ni Pakcik, buah tangan"Fadhil menghulur seplastik buah yang dibawanya.
        "Duduk Fadhil, kejap ya, Berpeluhpeluh kau ni.Nori….Nori buatkan air, Fadhil datang ni”, Laung Pak Ali.
    Bila Fadhil mendengar nama Nori jer, hatinya dup-dap-dup-dap-dup-
dap-dip-dut bunyinya lagu
(macam lagu dangdut plak).Fadhil betulkan kedudukannya.Dengan senyuman dan lengguk yang Nori menuangkan air ke cawan dari jag berwarna kuning itu.
    "Hah! Minumlah Fadhil, jangan dipandang je air tu.Susah-susah nora buat air sirap tu."Kata Pak Ali
        Fadhil terus meneguk air dicawan itu bila medengar Nori sendiri ang membancuh air untuknya sehingga tiada setitik air di cawan klu tertumpah di atas piring dihirup macam dracula hisap darah.Pak Ali menyeringai senyum melihat gelagat Fadhil.
5.    Tip kelima terus memberitahu tujuan datang ke rumaha agar tuan rumah tidak menunggu lama.
        "Pak Ali, saya datang ni ada hajat besar",Suara Fadhil kembali kepada vibrator yg telah diajar oleh mak nya bekas guru AF6, Cikgu Siti Hajar.
        Pak Ali hanay terkebil-kebil memandang Fadhil menanti Fadhil meneruskan kata-katanya.
        "Saya datangni nak berithulah yang saya ada hati kat Nori dan kalau Pak Ali dan keluarga setuju nanti saya hantar rombongan meminang."Fadhil semakin yankin bersuara saprano.
        Tadi Mata Pak Ali terkebil-kebil memandang Fadhil kemudian mata terbeliak memandang-memandang hati karma memandang-memandang renungan risik merisik PAk Ali terhadap hasrat Fadhil.Pak Ali tak terkata bak mulut dikunci oleh mangga yg ada di jual kedai Ah Ling simpang 4 depan lorong tanjung rambutan dan hanya senyuman sahaja Pak Ali ukirkan pada Fadhil.
        Fadhil xpuas hati melihat senyuman Pak Ali, itu bukan jawapan yang dia nakkan.Dia nak tahu sama ada Pak Ali setuju atau tidak.Adakah senyuman itu bermaksud ditrima atau direjek?Kalau di reject kenapa?kenapa?Fadhil xpuas hati bila Pak Ali hanya terus senyum.Adakah Nori sudah berpunya?.Sakit hati Fadhil
        "Fadhil!Fadhil!!!!!!!!!Kat sini kau rupanya.Maaf bang Ali, puas saya cari Fadhil.Kat sini dia main rupanya.Cepat balik, kejap lagi nak pergi tadika.Bang Ali, Im very maaflah.Fadhil like main here"Mak Fadhil (blaja inggeris xabis) terus tarik tangan Fadhil
        "Takpa..Takpa.Dia xkacau apa pun,Ni Buah yang dia bawa tadi"Hulur Pak Ali
Pak Ali menggeleng kepala.Susah juga ada anak dara cantik, bukan saja pemuda kat kampung pinang sebatang yang mengcrazy in love anak daranya.Budak Umur 5tahun pun dah jatuh hati..haiihhh nasib2..
ITULAH KISAHNYA..KISAH INI XDE KAITAN NGAN SESAPA..SESAPA TERASA MAAF YER..K..NNT TOK WAN CITER LAIN PLK YER!!!!!..BUBUYE
Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 Suko Qechek :