~ Nurani hati seorang lelaki~

Assalamualaikum w.b.t

Apakhabar sahabat bloggers dan pengunjung blog? semoga sihat selalu dan dilindungi payung keredhaan dan kerahmatan ALLAH s.w.t. Semalam sy menerima berita tentang sebuah kejadian, mungkin ini dikatakan hanya sebahagian mainan hidup tetapi sy melihatnya dari sudut pengajaran.

Sebenarnya, berita itu tentang hati nurani seorang lelaki, tetapi apakah yang dimaksudkan oleh nurani, sepertimana yang saya tahu, nurani adalah salah satu rasa agung pada manusia, rasa bangga dengan sikap manusia.

Jika kita melihat apa itu lelaki memang bukan mudah untuk ditafsir siapa itu lelaki, tetapi lelaki adalah suatu ciptaan ALLAH s.w.t yang melengkapkan diri seorang wanita. Itu lumrah kehidupan tetapi dalam melengkapi lelaki sering disalah ertikan sebagai lelaki yang ambil mudah, yang tidak penyayang, yang lemah, yang bersikap burukla senang cerita. tetapi ada segelintir wanita tidak memahami nurani hati seorang lelaki.

Lelaki juga seperti perempuan ingin dibelai, ingin dimanja, ingin di sayangi dan ingin di beri perhatian tetapi perlakua ini sama sekali perlu diminta bukan dilakukan secara ikhlas oleh seorang wanita dalam memahami hati seorang wanita , ada juga lelaki sanggup menahan perasaan sakit hati untuk seorang wanita tersebut dan hanya mampu mengukir senyuman pada wajahnya.

Hati lelaki sama juga seperti perempuan cuma yang membezakan adalah cara mengawalnya, hati lelaki kadang2 senang berubah dan juga susah berubah, terutama apabila menghadapi kesempurnaan wanita , ya itu pasti, kelebihan yang ada pada wanita akan menampakkan lagi kelemahan lelaki tersebut tetapi hati lelaki cekal dan tabah untuk menahan telinga dan hati dari anasir kutukan sekeliling.

Hati perempuan bukan senang dipermainkan tetapi sama juga dengan lelaki, mungkin kita sering melabel lelaki suka mainkan perempuan, lelaki kaki perempuan, tapi ada juga sebaliknya, itu tidak mustahil berlaku kerana zaman sudah berubah, jika lihat surat khabar hari ini, ada juga perempuan sudah berkhawin masih lagi menipu suami dan ada juga isteri curang pada suami.

Lelaki juga ingin kan sebuah kebahagiaan, dan mengharap kebahagiaan itu akan tercapai dengan izin ALLAH s.w.t dan mendapat keredhaan ALLAH s.w.t.

Artikel ini bukan untuk menjadi bias kepada wanita tetapi sudah banyak aku melihat streotaip mengatakan hati permpuan begitu nurani dan ada sesetengah berpendapat hati perempuan lebih nurani dari hati lelaki, jika dikira soal hati , bukan mudah untuk ditawan dan dijaga tetapi senang untuk dilukai. Banyak juga aku mendengar kisah hati ini dari orang ramai, dan mungkin dengan izin ALLAH s.w.t aku bertemu dengan hati lelaki yang kecewa dan ia menjadikan aku lebih berhati-hati dalam kehidupan.

Moga artikel ini tidak mengguris hati wanita, kerana ia bertujuan untuk membuka minda streotaip kita semua,


semoga kita semua mendapat keredhaan ilahi dan sentiasa dilindungi oleh ALLAH s.w.t
Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 Suko Qechek :

  1. Salam, btul.....lelaki pun patut di hargai......kdg2 xsedar pun yg senyuman kte bleh wat dier happy tp biler dier ckp senyumlah, br sye tau.....

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, yup tapi ada je sesetengah xappreciate sebab kejar kuman seberang laut, gajah depan mata xnampak..ini artikel sebab semalam ada org msg wan tny sal hati perempuan macam mana, so nak bagi biar perempuan paham hati lelaki..ekkekeke

    ReplyDelete
  3. tu lah wan zul...aku pu kengkadng x paham wanita...aku pun ada hati da perasaan...hukhukhukhuk...wanita anggap org mcm aku ni xde feeling kot...mmg lah aku mcmni...tpi...adakah aku ni pelik??..pelik sgt ke aku ni...smpai perlu jdi mcmni?...

    ReplyDelete
  4. mungkin masih ramai tidak melihat hati mu macam mana kot, tidak semestinya kita kurang kita tidak ada kelebihan, ada juga kawan aku budak 3p, bukan main lawa awek dia, tapi die ada kekurangan, ada juga aku tanya, awek dia tidak menyesal ke, dia kata, tidak bang, apa yang penting kita tau apa yang kita leh wat dan kita bagi terbaik untuk dia bang, fizikal tidak penting sebab allah da tetapkan dah, yg penting hati kene ikhlas...itulah aku post benda nih...

    ReplyDelete
  5. btul2, hati kne ikhlas, rupa bkn segalaya....

    ReplyDelete
  6. yup, rupa boleh dicari disyurga(insyALLAH), hati ikhlas susah nak dicari melainkan diri kita ikhlas dengan diri kita nak kat dia, ada juga lain hati ikhlas dipermainkan dan ada juga hati tidak ikhlas dipermainkan...apa2 pom berserah pada ALLAH, yang penting, ini kisah benar, jika kita betul2 menjaga cinta kerana ALLAH s.w.t, amat terseksa diri tapi selepas khawin akan bahagia, tapi jika kita jaga cinta kita atas dasar persaan kita, kita akan bahagia cuma kurang dikasihi oleh allah s.w.t...cinta kerana ALLAH yang wan cari skrg... harap wan dapat kannya..

    ReplyDelete
  7. wan zul, naper ek latest post yg kehilangan 4 tu x bleh bc?

    ReplyDelete
  8. Nak jaga hati n perasaan orang kak yuni, wan xmau cari gaduh takut luahan wan jadi bahan cerita orang lain...sorry...

    ReplyDelete