Siapa tak pernah tengok cerita Keluarga 69 hasil lakonan Arwah A.R Tompel, Arwah Siput Sarawak, Arwah P.Ramlee dan ramai lagi. Cerita P.Ramlee sudah semestinya mempunyai teladan yang baik dan perlu berfikir di luar kotak walaupun konsep cerita nya lebih kepada isu keluarga dan komedi.
Yang pertama dalam pemahamam aku
Cerita tentang budaya masyarakat melayu waktu dahulu adalah teruk, arak dan melayu tidak dapat dipisahkan. Masa itu, agama ISLAM belum berkembang seperti sekarang sebab itu P.Ramlee cuba garapkan nilai-nilai budaya waktu itu. Selain itu, kenapa ada watak Che Abu Bakar menjemput orang-orang tua untuk menari dengan perempuan muda dan pula lagu zapin? itu dinamakan betapa orang lelaki nak beritahu semakin tua semakin gatal, lihat sahaja zaman ini, kebanyakan ramai si tua-tua ini suka kepada pucuk muda.
Cerita ini juga bercerita tentang bab berkawan, ini part aku paling suka.. Jika dilihat scene awal dimana P.Ramlee telah dihalau keluar oleh Bapanya dan berjumpa kawan yang selalu keluar minum, mabuk, bersama tapi akhirnya mereka itu hanya menumpang P.Ramlee sahaja, kerana P.Ramlee anak orang kaya, senang ditipu. Itulah berlaku kepada persahabatan hari ini, kebanyakan mereka cuba menumpang sehabis mungkin untuk bersahabat tetapi apabila orang ditumpang dalam kesusahan, buat-buat tidak tahu, malah buat dek jer sehingga terpaksa bertanya walaupun tidak mahu, sebagai orang2 betul berkawan, bila tengok saja kawan dalam susah, tanpa segan silu akan bertanya apa masalah dihadapi, tetapi orang yang tidak disangka akan menjadi kawan baik, iaitu watak dalam ini adalah Badim, penarik beca dan seterusnya menjadi manager kepada Che Osman Bakar.
Selain itu, bagaimana tuanangan orang juga terpaksa dijadikan benda untuk keuntungan bisnes, tapi aku lebih suka melihat dari sudut orang yang bertunang tapi masih lagi cuba untuk membuka hati kepada orang yang lain, ini berlaku juga dalam masyarakat kita, bila keluar dengan kawan-kawan, mereka mengaku tidak lagi berpunya kerana berpegang kepada tidak baik bertunang dihebah-hebahkan, tetapi masih lagi cuba untuk mencari yang lain, itu sebab berlaku nya pergolakan di dalam pertunangan
Haa, bab P.ramlee ditipu oleh perempuan dan mengambil keputusan tidak betul apabila merosakkan diri, betul apabila putus cinta ini, perit rasanya, sepertimana aku lalui, ambil masa begitu lama untuk pulih apatah lagi, pada orang yang kita sayang gila-gila tapi dipermainkan macam orang bodoh. tapi cerita keluarga 69 cuba memberi mesej bahawa apa saja berlaku, kit perlu berfikir secara waras
itu saja aku boleh ceritakan, tapi apa yang penting, kita perlu ada pertimbangan yang betul dalam hidup, itu adalah mesej yang aku dapat garapkan
0 Suko Qechek :
Post a Comment