~Mungkin Kali terakhir~

Assalamualaikum w.b.t

Dari hari jumaat hingga ke hari ini, adalah detik bersejarah yang memberi kesan kepada aku, dan esok adalah hari terakhir untuk aku berhadapan satu lagi ujian yang diberikan oleh ALLAH s.w.t. Aku mengatakan kepada diri ku, aku kena kuatkan semangat tidak boleh patah semangat, tapi didalam lubuk hati aku, tersimpan sedikit sekelumat kesedihan yang aku tahan sehingga ke hari ini. 

Aku sudah berbulan-bulan berendam air mata sehingga tidak ada lagi air di dalam mata ku tapi pada minggu ini air melimpah ruah hingga membasahi pipi aku dan juga menidakkan segala kerja aku pada hari ini.Mesti pembaca tertanya-tanya apa yang sudah berlaku?. =)

Sebenarnya, aku sudah serik dalam berkorban untuk orang lain, hati , perasaan, wang, kasih sayang, semuanya tapi itu menjadi lumrah hidup aku, aku tidak pernah katakan tidak apabila orang memfitnah aku 2tahun lepas untuk menjaga diri seseorang yang aku paling percaya, aku juga telah korbankan perasaan, hati dan kasih sayang untuk orang tapi sehingga kini, ia masih dalam dilema.

Orang pernah berkata,itu ujian ALLAH s.w.t, dan ALLAH s.w.t sangat menyayangi aku, aku terima kata-kata itu tapi aku juga berfikir sampai bila aku ingin jadi macam ini, orang yang aku pernah korbankan segala-galanya berada dalam keadaan gembira dan aku, masih dalam keadaan macam ini. Aku juga masih teringat kata-kata sahabat aku, jika kita banyak bekorban untuk orang lain,pasti ALLAH s.w.t akan menolong kita dengan mudah apa yang kita minta, tp aku masih menunggu pertolongan itu (masih mengharap kepada ALLAH s.w.t), Aku harap hidup aku diredhai oleh ALLAH s.w.t.


Tapi Aku juga dalam dalam dilema adakah ini mungkin kali terakhir atau ia akan berterusan dalam hidup aku?


Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Suko Qechek :

Post a Comment