Assalamualaikum w.b.t
2 hari lepas, aku baru pulang dari rumah sahabat aku, sungguh ku tidak sangka 2 hari disana, aku dapat macam-macam pengalaman, ia membuat aku tersenyum dan aku hadiahkan sebuah doa kepada sahabat aku sekeluarga kerana aku tidak dapat memberi harta dunia, dan doala sebagai harta akhirat nanti.
Pengalaman bersama keluarga sahabat aku memang sungguh tidak akan aku lupakan , sebelum ini aku juga ada pergi tidor rumah die tapi pengalaman kali ini berbeza, kesungguhan seorang ayah tidak akan terhenti selagi nyawa masih dikandung badan, kasih sayang seorang ibu tidak akan berhentimengalir selagi ada kudrat untuk anak2, rindu seorang anak tidak akan berhenti selagi bait-bait doa untuk ibubapa tidak berhenti. Keluarga mereka sangat bahagia dan pelengkap kebahagiaan mereka akan lahir tidak lama lagi, aku doakan semoga mereka tidak akan diganggu oleh syaitan dan sentiasa dilindungi oleh ALLAH s.w.t, dan tabah menghadapi setiap ujian.
Aku juga berasa bersyukur atas nikmat dan kebahagiaan yang ALLAH s.w.t memberi kepada aku selama ini, aku rasa ALLAH s.w.t tidak akan mensia-siakan umatNYA jika kita pandai bersyukur dengan apa yang kita ada bukannya tidak puas hati dengan apa yang kita tidak ada, ada orang kata, manusia yang sentiasa tidak puas apa yang dia dapat adalah manusia yang paling rugi dan ALLAH s.w.t akan temukan dengan apa yang manusia kehendaki tetapi dalam keadaan berbeza.
Aku juga bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana ALLAH telah menggantikan sesuatu dengan sahabat2 aku, aku bersyukur kerana mereka sentiasa bersama aku ketika susah dan senang, itulah nikmat yang aku rasa sekarang, dulu aku mencari nikmat itu, sekarang baru berjumpa, Aku juga tidak putus-putus berdoa untuk kebahagiaan aku dan kebahagiaan seluruh hidup umat islam. Semoga ALLAH makbulkan doa aku.
2 hari lepas juga mengajar aku erti sebuah kehidupan, aku bangga dengan sorang lagi sahabat aku, berusaha untuk bina kebahagiaan sampai tidak pernah pikir penat lelah diri sendiri semata-mata sebuah kebahagiaan bersama bakal isteri nya. Semoga sahabat disana baik-baik aja, dan dilindugi oleh ALLAH s.w.t dan semoga impian sahabat tercapai ya, semoga berbahagia. Satu cerita lagi tentang sahabat aku ini, fuhh malaslah nak cerita biarla aku simpan sorang2 =) sebab ia menjadi kisah peribadi aku, sahabat semoga ia menjadi kenyataan yer. 2 hari , ALLAH telah tunjuk , yang DIA tidak akan mensia-siakan umat nya jika kita patuh pada ajarannya dan AGAMANYA. Semoga ALLAH melindungi aku serta keluarga aku, sahabat2 aku, saudara-saudari seIslam aku, dan musuh2 ku dari segala kemaksiatan dan juga tabah menghadapi ujian ALLAH s.w.t. aminn ya rabbb~~~
InsyALLAH, suatu hari nanti kemenangan akan menjadi milik-ku, ALLAHUAKHBAR!!
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Suko Qechek :
Post a Comment