~Selamat PAGI~

Assalamualaikum w.b.t

 Sekarang jam menunjukkan 6.50 am, so semua bangunlah kita solat subuh berjeemah cuma ada sesuatu yang mengajar aku pagi2 ini, iaitu mencari sinar keredhaan ALLAH s.w.t.

Tapi pagi2 ini aku rasa bahagia sangat kerana dapat melihat keindahan ALLAH s.w.t, sungguh indah dan berasa tenang hati ku sambil layan lagu ehem...hehehe..Bila terpandang langit ciptaanNYA aku terkenang kembali kisah2 aku bersama sepupu2 aku, ehehe...kitorg dulu rapat gila macam family, yelah mana tidaknya masa waktu kecil dulu, setiap bulan kitorang ada family gathering, lokasi menjadi mangsa kami adalah Perdana Beach resort, hehehe, 2 hari 1 malam kitorang kat sana. Masa itu aku ingatlagi, aku dan sepupu aku lelaki bangun awal semata-mata nak mandi kolam jam 7.00 pagi, mau nya tak sejuk masa tuh...tepi pantaikan... tengah hari tuh kitorang buat persiapan bbq dan malam tuh adalah mala paling seronok, FAMILY activities, kitorang main macam2...ada berlari kesana kesini(budak kecikan) =)

Rumah tok nik aku juga mangsa cucu2nya yang gatal nak tidor sana, hehe,..kitorang budak kecik masa tuh pom ada xtiviti gak, kitorang men dalam rumah, polis entry.,...hehe..men bola...lepas tuh banjir, part nih bes sebab pasir mas masa tuh bajir so sekeluarga pergi rumah tok nik, pergi angkat barang sebab banjir...lepas tuh apa lagi, men air sampaikan kitorang nih xreti takut lemas, sebab ditepi rumah tok nik ada tali air =) tapi masa tuh arwah Uncle John aku jaga aku n sepupu aku macam anak2 sendiri,

hurmm...bila bercakap tentang arwah uncle john, teringat aku padanya, dia merupakan the best uncle in the world n brother to my father's sibling, dia tidak pernah merungut skit pum , dia berketurunan cina dan arwah tok wan aku amik dia sebagai anak angkat, uncle john ni riuh orangnya, kalau datang rumah suka kacau anak2 buah dia, maybe itu cara die bersyukur dengan nikmat ALLAH sebab dia adalah muallaf. Dia juga pandai wat lawak bodoh sampaikan kitorang semua rasa maca nak terkencing dan part yang paling best adalah time raya, dia selalu belikan kitorang bunga api dan mercun, yang mmg xleh dimainkan kat Malaysia. Kenangan itu sudah dekat beberapa tahun dah, aku merindui uncle john, Uncle nanti kita akn berjumpa nanti, eri (nama panggilan aku kat rumah) bahagia sangat time uncle john ada, eri doakan uncle john baik2 aja disana, semoga ALLAH merahmati uncle john. =(  dan tempatkan uncle john ditempat orang2 yang beriman.

Aku juga rindu telatah arwah ayah ju aku, seorangyang kelakar dan suka men game ngan anak2 sedara. Kalau nak tahu aku ingat lagi, masa 2 hari sebelum raya, dia pulang dari KL dan terus tinggalkan anak dan isteri dirumah mak mertua nya dan datang ke rumah aku semata-mata nak main game..hehe. masa tuh mama aku merangkap kakak dia marah gila2..tapi dia wat dono n terus ajak men game, n then tidor depan tv,...tapi ayah ju tidak pernah menangis kecuali masa arwah mek (nenek aku) tiada, dan ayah ju aku pergi meniggalkan semua masa aku semester 2, aku tidak sempat menatap mukanya yang ceria, mak sedara aku kata (isterinya) muka dia sangat cerah dan bila memandang sejuk hati, Ya ALLAH, sungguh besar nikmatmu , semoga Ayah Ju ditempatkan dengan orang2 yang beriman.

Aku juga teringat masa cinta monyet aku, nama perempuan tuh solehah..malu rasa nak kongsi tapi nk kongsi gak, cinta tuh berputik ketika aku hadir seminar pelajar cemerlang UPSR dekat satu sekolah, masa itu aku terpandang si dia (solehah) hehehe, masa tukan tahun 98 komenwel, hehehe, belila aku nih pen , dan aku bagi dekat kawan aku, Jayshen, nak tau apa jadi, cinta aku di reject hahaha..masa tuh kecewa woo (apalah aku nih) lepas daripada itu, tak sangka pula, aku tution sama dengan dia, masa tuh hati aku berbunga dan bersemangat nak g tution, aku mmg siap awal kalau ada tution kat sana (xingat nama tmpat)..hehe..masa tuh bukan men suka lagi aku...huk2....tapi selepas UPSR aku mula lah lupa pada solehah, dimana dia sekarang e..hahaha...

Dah nampak matahari terbit tuh..aku pergi dulu, nak study, exam dah dekat....nih cerita selamat pagi aku, bukan selamat pagi cinta ya....daaa......................... =)
Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 Suko Qechek :

  1. SALAM, Cerita psal cinta monyet tu betul ke?adkah nama girl tu solehah? or just rekaan?apa-apa pun ksmua cerita yang dikongsi best n ada makna tersirat..good luck!!

    ReplyDelete
  2. atas nama cinta: bukan rekaan ini betul2 kejadian, masa dulu sy sekolah laki je...pastuh dia sekolah zainab tidak silap kami bertembung di skolah sultan ismail 3 ada program..tapi mmg gtulah ceritanya...sekadar meluahkan kegembiraan...

    ReplyDelete