~ Bermoralkah KITA menjatuhkan orang lain?~

Assalamualaikum w.b.t

Saya disini terus terang mengatakan bahawa apa yang dibuat oleh beberapa orang adalah salah disis agama, saya baru sahaja memasuki satu laman page yang agak bagi saya keterlaluan.

Bagus jika kita ingin mendedahkan penipuan tapi tidaklah sampai menjatuhkan orang, Nabi kita tidak pernah ajar kita menjatuhkan orang lain sebegitu terutama dalam Bisnes. Orang berkata Bisnes ini boleh jadi haram kenapa? kita tengok kontraktor, terpaksa melobi sana sini tidak mengikut cara haram, sama juga dengan konsep MLM, ia tetap akan jadi haram jika sistem digunakan tidak betul. Saya bercakap bukan atas dasar saya orang MLM tapi salahkah kita hendak berniaga, jika kita tidak suka pada perniagaan, sudah, stop it, jangan cuba mempengaruhi orang lain untuk membenci atau mencaci sebab itu terus kepada FITNAH sebab tidak ada bukti yang kukuh.

Selain bisnes, pendidikan, ILMU adalah tuntutan ISLAM, mencari ilmu tidak perlu pengiktirafan cukuplah dengan adanya guru yang betul. Pengiktirafan pada hemat saya adalah, tidak perlu mengadakan majlis semata-mata untuk kita memegang segulung kertas dan maksud mendalam lagi adalah ilmu yang luar dari skop pembelajaran yang kita belajar kat Universiti. Sebagai contoh, ILMU tentang pemakanan dalam ISLAM, betul ia ada dalam skop pembelajaran, tapi kalau Pelajar TESL nak belajar tentang subjek itu, tidak perlu masuk dalam kelas or tukar KOS, bleh pergi berjumpa dengan pakar dalam bidang AGAMA yang betul itu pun sudah menjadi ILMU kepada kita cumanya ILMU secara tidak langsung.

Selain itu, MARUAH, ini adalah perkara yang paling manusia suka buat, suka sangat menjatuhkan MARUAH orang lain. Saya juga pernah mengalaminya, pernah merasainya, dan juga pernah melihat bagaimana MARUAH kawan saya jatuh. Sebab itu MARAH dan BENCI adalah sayitan!. Pernah ada manusia, bila dia membenci seseorang, dia cuba mempengaruhi keadaan sekeliling dengan cerita tidak betul dan ada juga betul. Tapi mengaibkan orang dengan cerita betul adalah salah sebab itu hak peribadi orang tersebut. Dan dengan salah satu cara itulah, maka MARUAH orang jatuh!

Dan ada juga orang buat edit gambar dan postkan dalam FB, dan menjadi bahan tatapan umum dan cacian umum, ini menimbulkan banyak DOSA kepada si pengedit gambar dan video. Sebab telah menimbulkan rasa bencil dikalangan mereka yang mellihat gambar tersebut.

Semua perkara diatas tidak bermoral bagi seorang muslim dan muslimat menjatuhkan sesama UMAT, kita dilahirkan sebagai khalifah sepatutnya membimbing bukan menjatuhkan!

Semoga ALLAH merahmati kita semua, menjauhkan sifat dengki sesama kita, jika orang itu membuat kesalahan dan sudah nekad untuk berubah, kita perlu bersyukur bukan menghina!

ALLAHUAKHBAR, allah maha adil, sebab ALLAH akan berikan keadilan bila tiba masanya!

Saya harap kepada pembaca entry ini, suka atau tidak suka terserah sebab saya membuat entry ini adalah untuk kita renung bersama....
Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Suko Qechek :

Post a Comment