Assalamualaikum w.b.t
Aku berehat lebih kurang 3hari kot tidak bukak blog n facebook, banyak kerja perlu disiapkan, aku baru sahaja menyiapkan resume untuk praktikal. Dan facebook tidak bukak agi nih, tengok2lah, mungkin esok atau lusa, =) buffday adik aku pun aku tak wish agi, bukan wat-wat lupa, mmg pelupa, kena makan kismis banyak nih, =)
3hari sungguh bermakna sebenarnya, aku cuba mempelajari apa itu kehidupan, aku juga banyak berfikir, apa itu manusia, sungguh indah sebenar ciptaan ALLAH s.w.t, tapi bila kita kembali padaNYA, tidak apa yang kita dapat buat kecuali AMALAN kita sahaja menjadi penentu kita.
Hidup umpama pelajaran dan ujian peperiksaan, Kiamat penilaian terakhir kita, SYURGA atau NERAKA result kita.
Itulah kata-kata hikmah yang dapat aku luahkan selama 3hari aku berfikir tentang kehidupan, aku telah banyak melalui kehidupan turun dan naik , dan pasti sahabat diluar sana mempunyai kehidupan lebih mencabar dari diri aku.
Seingat aku , dalam kehidupan, pengorbanan adalah penentu kenikmatan hidup, sebanyak mana kita korban, insyALLAH pengorbanan itu tidak akan menjadi sia2. Aku telah lihat pelbagai ragam manusia, dan memang susah untuk berjumpa dengan manusia yang sejujurnya. Aku sedih bila melihat sebilangan manusia tidak jujur pada dirinya, ada yang cuba menipu, ada yang cuba untuk mempertahankan keegoaan, ada yang cuba untuk mendapat perhatian, ada yang cuba untuk mendapat keikhlasan, ada yang cuba jadi terbaik dan banyak lagi tapi itulah kehidupan, Naik dan Turun adalah dari sebahagian dalam diri kita.
Baru-baru ini, aku keluar menemani rakan-rakan dari pahang datang ke Kelantan, so aku bawak diorg pergi berjalan2 di kelantan, disana, aku dapat melihat gelagat manusia sekeliling aku termasuk rakan2 aku, aku menilai dari sudut hati dan pemikiran aku. Ada yang "turun" dan ada yang "naik". Aku juga melihat gelagat manusia di KB Mall, manusia zaman sekarang tidak menghargai kehidupan, terutama remaja, banyak aku melihat remaja di KB Mall, sungguh sedih melihat mereka, datang ke KB Mall, tanpa tujuan, tanpa arah, hanya duduk dikerusi rehat untuk berbual dengan rakan2 dan berjalan berpimpin tangan dengan pakwe n makewe, ada juga tidak kurang machonya lelaki sorang berjalan dengan ramai perempuan dan ada disebaliknya. Semoga mereka tidak mensia-siakan diri mereka nanti, insyALLAH.
Aku baru sahaja selesai menonto sebuah drama, pasti ramai tahu dan pasti anggap aku nih ketinggalan, xpelah sebab di Universiti bukan leh tgk TV kt bilik, kena pergi kafe, drama ADAM MAYA, sungguh menarik ceritanya, dan bagi aku, itulah yang dikatakan menghargai hidup yang telah ditetapkan seperti ADAM, bersabar, karakter yang cukup menyentuh hati, adalah keluar skit air mata , bab bila si MAYA kena tangkap khalwat, itulah yang part yang aku paling suka.
ADAM seorang menghargai kehidupan, kehidupan yang telah ditetapka oleh ALLAH s.w.t, cuma manusia kena berusaha membaiki kehidupan mereka, Xyahlah nak cerita panjang2 bab ADAM MAYA sebab korang semua mesti dah hafal jalan cerita diakan, =)
Semoga kita semua kembali kepada kehidupan yang lebih baik dan berusaha menjadikan kehidupan kita lebih sempurna. InsyALLAH.
P/S: nak layan Jangan Pandang Belakang Congkak 2 plak, baru abis download..hehe =)
tata, love AMANI@MIA hehehe
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Suko Qechek :
Post a Comment