Assalamualaikum w.b.t
Dalam kehidupan ini, manusia adalah ciptaan terbaik yang dicipta oleh ALLAH s.w.t kerana kita dikurniakan AKAL dan NAFSU seterusnya dicipta KEMATIAN bagi menikmati kehidupan dalam dunia yang indah ini. Manusia hanya dibahagikan kepada Lelaki dan Perempuan. Lelaki diberikan 9AKAL 1NAFSU manakala Perempuan diberikan 9NAFSU dan 1AKAL. Pada dunia hari ini, kita tidak boleh menafikan lagi bahawa kaum HAWA telah menggunakan 1AKAL daripada lelaki yang menggunakan 9NAFSU untuk menajalani kehidupan sebenar akan tetapi ada juga Lelaki menggunakan 9AKAL tapi jarang kita dengar dan Perempuan menggunakan 9NAFSU hari-hari kita dengar.
Bagaimana dikatakan manusia umpama AIR?
Jika anda bayangkan kita letakkan air di dalam bekas empat segi? apakah bentuknya?
Mesti bentuknya segi EMPAT kan?
Kalau kita masukan air di dalam bekas bulat? Apakah Bentuknya?
Mesti Berbentuk Bulatkan?
Manusia berubah mengikut bentuk bekas air kerana dimana kita berada kita mesti sesuaikan dengan diri kita dengan keadaan sekeliling. Kenapa? Sebab kita tidak boleh membawa atau melihat orang mengikut kita, di dalam kerja berpasukan , kita mesti sesuaikan diri dalam kerja berpasukan. Dalam aspek perangai pula, perangai boleh dibentuk sama ada kearah jalan SALAH atau jalan BETUL kerana di dalam kehidupan manusia mempunyai 2 sifat iaitu JAHAT dan BAIK, itu atas diri kita untuk mentafsir yang mana jahat dan yang mana baik.
Di dalam aspek 9 AKAL 1 NAFSU, dan 9NAFSU 1AKAL adalah bagaimana kita menggunakannya, adakah kita Lelaki menggunakan akal atau nafsu kita?sama juga pada perempuan bagaimana anda menggunakan nafsu dan akal anda. Ia terpulang kepada individu bagaimana membawa diri sebab ia banyak melibatkan aspek kendiri dan keputusan pada diri sendiri bukan atas orang lain.
Salah satu cerita,
Hujung minggu Ali dan Abu pergi ke pasar untuk membeli keperluan dapur, Abu merupakan seorang Eksekutif Syarikat dan sama juga dengan Ali, mereka adalah kawan baik, di pasar raya tersebut mereka berjanji dalam masa 1jam lagi mereka akan berjumpa dimuka hadapan pintu masuk pasar. Setelah sejam berlalu, Ali membawa plastik sedikit sahaja berbanding Abu yang membawa lebihan plastik.Sampai dirumah, mereka melihat, banyak barang tidak perlu dibeli dari barang keperluan.
Anda semua tentu tahu bagaimana siapa yang lebih menggunakan AKAL dan siapa lebih menggunakan NAFSU. Itu semua atas diri kita, ada juga kita mendengar yang SYAITAN telah berjanji dengan ALLAH s.w.t yang akan menyesatkan manusia tidak kira dengan cara apa sekali pun dan dengan itu membazir adalah amaln SYAITAN.
Dalam menangani masalah ini , perlu menggunakan muhasabah diri setiap malam, kenapa?sebab itu adalah salah satu cara kita mengenal diri sendiri, Seterusnya, membaca surah AR-RAHMAN, kerana maksud nya begitu mendalam, TUHAN mana yang kita ingin menafikan selain ALLAH?Dan kenikmatan ALLAH berikan kepada kita dan juga hukuman kepada kita melanggar perintahNYA.
Selain daripada itu, anda juga boleh membimbing diri anda untuk solat Tahjud kerana pada malam-malam terakhir, doa-doa orang beriman(insyALLAH anda) diangkat oleh ALLAH s.w.t, paling kurang 2 rakaat satu malam. Selain itu, bacalah surah YASSIN sebagai pendiding kita dan juga berzikir sehingga menjadi sebati dengan HATI kita bagi menjernihkan hati kita.
Langkah-langkah diatas bukanlah yang terbaik tapi itulah adalah salah satu cara kita, cuma pokok pangkalnya, mendekatkan kita pada diri adalah salah satu jalan terbaik untuk mengelakkan diri kita dari terjerumus ke lembah hina. Nauzubillah min Zalik
Sekian,
"Today ALLAH give us CRY, Tomorrow ALLAH give us SMILE"
0 Suko Qechek :
Post a Comment