Assalamualaikum w.b.t
Salahkah org itu berbadan besar dan gemuk? Malu sangat ke nak berkawan dengan orang macam tuh? malu ke ada pakwe or makwe macam tuh? malu ke ada menantu macam tuh? jawapan mudah YA!!
Mmg sudah lumrah manusia melihat kepada perkara cantik didepan mata, aku teringat pada kisah dulu2 zaman2 bahlol, ada juga orang cakap orang gemuk or berbadan besar nih menyusahkan orang sebab apa? sebab bila dah sakit susah nak angkat, kena panggil ramai orang, baju pun susah nak beli, pastuh gelak2....
aku sendiri akui, aku merupakan orang berbadan besar, dan aku berani nyatakan aku bangga dengan diri aku, inilah TUHAN ciptakan untuk aku, siapa tidak mahu kurus , dapat body macam THE ROCK? semua mahu, tapi aku mahu bercakap tentang salahkah bila orang itu berbadan besar?.......
Aku sendiri sedih melihat seorang kawan aku malu dengan dirinya, malu sebab berkawan dengan orang berbadan besar, mereka juga manusia, mereka juga bukan ciptaan hina tapi yang hina ciptaan ALLAH adalah lagi hina...tidak salah untuk menasihati nya supaya menjaga badan, tapi tidak perlulah untuk memerli bentuk badan atau dalam keadaan yang mereka tidak mampu, seperti berlari "Rok dop nak berlari tuh", "siket jer makan", "kuruslah baru nampak hensem, sy pun suka", "Muat dop nak duduk tuh", "Bencilah awak nih, dop kurus2 pun", "Berapa pinggan dah?", "Dop padan mu ngan ye, macam beauty and the beast", "Gajah", "Giant"
inilah sebahagian kata2 yang pedas keluar dari mulut orang, aku sendiri pernah kena tapi aku wat dono jer, aku tahu siapa diri aku, aku suka dengan diri aku, tapi gitulah, hati dan sikap dinilai dari keadaaan luar, aku wat entry nih sebab aku dah tak tahan dah dengan sikap prejudis orang terhadap orang berbadan besar, mereka semua ada impian nak kurus, bagilah semangat pada mereka, bukan mencaci, menghina, merendahkan mereka, mereka ada harga diri juga,
Mohon maaf mana2 yang ada terasa tapi itulah hakikat hidup, kalau mereka yg berbadan besar sudah berjaya jangan kita yang dulu menghina pastuh nak pergi jilat balik, faham2 jerlah kan....
Kepada yang nak kurus, teruskan usaha, biarlah orang nak kata apa yang penting kita buat, kepada yang nak stay dengan badan macam itu, jagalah kesihatan, dan juga amalan, pasti ALLAH sayang kita....pada orang yang hina mereka, bertaubatlah mungkin suami @ isteri, pakwe @ makwe anda kurus buat masa skrg, tapi 10tahun akan datang? siapa yang tahukan,
mood geram dan sakit hati!!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
gemuk itu comel!wpun sy kurus tp sy xkisah je dapat buah hati yg comel..sweet dipandang
ReplyDeletehuhu, sorry lambat approve, betui jugak...tapi apa yg ambe alami macam tuhla cik lesung pipit..=)
ReplyDelete