.:: Ku harap dari MU ya ALLAH ::.

Assalamualaikum w.b.t


Selangkah ku kepada MU
Seribu langkah KAU kepada ku

Itulah bait2 yang sering wan jadikan ia sebagai pedoman hidup, dalam hidup kita, pasti banyak dugaan, dan setiap dugaan kita tempuhi pasti kita akan meminta tolong kawan kita iaitu manusia dan ada juga melakukan perbuatan syirik tapi pernah x kita meminta kepada ALLAH s.w.t? mesti ada ketika kita susah dan tersangat susah seperti bait dibawah:

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Itulah kita manusia, sering melupakan ALLAH ketika senang dan mengingati ALLAH ketika susah. Cuba kita renungkan lagi bait dibawah ini:

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Kita tahu dosa kita terlalu banyak, tapi ALLAH tidak pernah menutup ruang bertaubat kepada manusia , itulah kasih sayang ALLAH kepada kita. Seluas mana kita bersyukur kepada ALLAH, itulah sedikit nikmat yang diberi oleh ALLAH kepada kita.

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Bait2 diatas adalah untuk kita renungkan diri kita diatas muka bumi ini.Bagaimanakah diri kita dengan ALLAH sepanjang hidup kita? cuba kita fikirkan sejenak, kenapa timbulnya cerita 2012, bagi wan ia bukan satu kesalahan tapi ia adalah salah satu peringatan kepada kita, kiamat sudah dekat, cuba kita bayangkan, berapa lama ALLAH sduah beri peluang pada manusia untuk bertaubat? sejak wafatnya Rasulullah s.a.w, dan jika kita fikir balik, agak lama kan? jadi jika kita ada peluang untuk beribadat lebih pada malam jumaat ini, lakukanlah, kerana ia mendatangkan faedah yang begitu banyak kepada kita.

Semoga anda dirahmatiNYA selalu..Amin Ya ALLAH, ALLAHUAKHBAR!


Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Suko Qechek :

Post a Comment