.:: Is All about US ::.

Assalamualaikum w.b.t

Di pagi hari ini, jom kita santaikan halwa telinga kita dengan sesuatu yg wan ingin sampaikan.

**Entry English tapi huraian BM (=

Kezaliman tentang diri kita adalah berpunca dari diri kita sendiri tidak sesiapa pun termasuk ALLAH yang menzalimi diri kita melainkan kita sendiri. Kezaliman macam mana? Kita menzalimi kita dengan beberapa perkara , pertama dengan MINDA. MINDA ini dihuraikan di dalam kandungan ayat AL_QURAN adalah 49 kali (FAKTA AL_QURAN)


Bagaimana kita menzalimi otak kita? Kita sentiasa berfikiran negatif terhadap keadaan sekeliling, ada juga yang mengatakan memikirkan negatif terhadap sesuatu adalah baik tetapi sebenarnya salah kerana ALLAH mahukan hambaNYA sentiasa berfikiran positif , cuba lihat Rasulullah s.a.w, tidak ada pernah Baginda mempunyai tanggapan negatif kepada kaum Kafir QURAISY, tapi kita? masih ada, dan wan sendiri pernah ada. Seterusnya MINDA kita selalu berfikiran kotor, sentiasa mahu menipu, mencari helah, menganianya kawan, mencari populariti, mencari nama, mencari publisiti murahan dan macam2 lagila. Itu menunjukkan MINDA kita tidak sihat.

Seterusnya, kita sering menzalimi HATI kita. Perkara paling besar dalam hidup kita ialah HATI. Kita sering menzalimi hati kita iaitu dengan NIAT yang kotor dan perkara yang sering di lakukan oleh kita , CINTA. itulah perkara yang susah kita tinggalkan sebab ia adalah lumrah MANUSIA. Tetapi cubar dengar lagu JANGAN PEGANG2 (=  Kalau Berpacaran , Sebab perkara ini paling utama dalam menzalimi hati kita, kerana kita sentiasa rindukan kepada seseorang, wan mengata pd diri wan sendiri, benda tidak boleh musnah tetapi perlu dielak jika boleh dielak, 

sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya ALLAH ta'ala telah mentapkan nasib anak adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya , Zina Lidah dengan berkata2, Zina mata dengan memandang, Zina hati ialah nafsu shahwat dan keinginan, sedangkan faraj (kemaluan) menuruti atau tidak"

Kita berfikir sejenak (wan memikirkan benda ini sejak dari 2009 lagi & ALLAH telah tunjukkan jalan)
 


Seterusnya kita juga menzalimi LIDAH kita dengan berkata-kata buruk pada orang , sentiasa mencari kelemahan orang sedangkan ALLAH jadikan manusia itu seimbang iaitu mempunyai kelebihan dan kekurangan cuma atas diri kita untuk kita menjadikan ia Kelebihan sebagai kebaikan dan kekurangan sebagai penambah kebaikan. Kata-kata kita sebenarnya ada hubungan dengan hati kita, tiada istilah berkata-kata jahat hatinya baik, tidak ada konsep itu dalam kehidupan seharian kita, mungkin itu atitude kita.

comel baby ini hehehe

Menzalimi mata kita adalah dengan memandang perkara buruk dan kalau pada hari ini, memandang pakaian wanita, "gunung wanita", "monggel wanita" banyak lagi tuh........, kalau si perempuan, memandang body lelaki , memandang muka si lelaki, dan kalau kedua-duanya(L&P), mereka melihat VCD lucah!!, dan juga memakai konteks lens walaupun tidak rabun, mencukur kening mata, melebarkan bulu mata, ia adalah menzalimi mata kita.


Bagaimana pula kita menzalimi tubuh? lihat gambar dibawah






 Semuanya berbalik pada diri kita bagaimana kita memacu hidup kita sekarang, adakah melebihi kepada akhirat sahaja? melebihi kepada dunia sahaja? atau kedua-duanya?

Tanya pada diri kita!!!






Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 Suko Qechek :

  1. tq kak yuni, dalam mencari keredhaan hidup adalah susah berbanding study, mencari keikhlasan hidup adalah susah berbanding bercinta dengan manusia, mencari kekayaan hidup, adalah susah berbanding mencari kekayaan nafsu, mencari kemiskinan peribadi lebih susah berbanding mencari kekayaan peribadi, =)

    ReplyDelete