:: Hikayat Merong Mahawangsa ::







Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Pelakon: Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umie Aida, Kuswadinata, Mano Maniam, Ravi Sunderlingam





 





Filem ini telah dihasilkan oleh KRU yang telah ditubuhkan oleh tiga adik beradik dan bagi wan ia adalah satu kejayaan filem malaysia yang boleh meningkatkan perfileman malaysia ke taraf hollywood. Filem ini akan bermula pada khamis ini!! wow!! 10./3/2011
Hopefully kutipan ia melebihi daripada 10 juta...Filem ini merupakan filem epik terhebat berdasarkan trailer, tapi kita tunggu apa kritikan pada filem ini!!



Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 Suko Qechek :

  1. Rasa2 best ke cita nie??

    Teringin gak nk tengok


    http://fadthnwan.blogspot.com/

    ReplyDelete