:: ALLAH itu maha adil ::

Assalamualaikum wbt

Sudah lama aku tidak menulis dalam blog ini kerana kesibukan kerja dan assignment, fuh, penat2..cuma semalam baru aku dapat rehat sepenuhnya..kerana minggu lepas aku dikerja untuk berkerja hahaha...

Ermm...cuma semalam aku bersama haniff, ada buat sesi luahan di kedai makan selepas menonton bola di stadium muhammad ke 4..aku agak bersyukur sebab sahabat aku ini sudah sedar siapa lawan--siapa kawan. Yerla,, aku dapat lihat semasa dia susah, siapa yang tolong dan siapa yang tidak tolong, dan aku agak terkejut dengan tindakan mereka2 (bajet baik dan pandai) yang bagi aku terlalu busuk hati tapi haniff cakap kat aku..biarlah manusia tidak pernah puas hati. yup aku setuju..

Sama juga dengan kes aku....aku kesal dengan tindakan mereka2 (bajet baik dan baik2) yang suka melihat keadaan kawan2 menjadi musnah dan ingin melihatikut citarasa mereka. Dulu aku ada menyayangi seseorang, terlalu menyayangi dia..tapi terputus ditengah jalan namun aku tidak tahu apa sebabnya sehinggalah pada awal tahun ini, ALLAH maha adil....ALLAH memberi petunjuk kepada aku siapa dalang sebenar..tapi sehinga ke hari ini aku masih berdiam diri...aku tidak mahu menuduh sebarangan dan cuma aku mengharapkan ALLAH membukanya lagi dan mereka2(bajet baik dan baik2) datang bersemuka dengan aku dan selesai dengan cara baik.

Aku juga pernah difitnah sehingga ada satu group membenci aku...pada mulanya aku tida tahu apa puncanya namun pada tahun lepas 2010 baru aku tahu siapa dalangnya, tapi aku hanya senyap sebab sahabat2 aku berkata...biarlah ALLAH menghukum mereka, dan rahsia itu aku pegang sehingga arini...

Aku juga pernah dikenalkan oleh seorang perempuan yang baik agamanya, jaga agamanya, dan memenuhi citarasa aku untuk jadikanya sebagai isteri namun ada dalang yang mengatakan aku tidak sesuai dengannya..haha...tapi aku tahu siapa dalangnya...mereka2(bajet baik dan baik2)....namun ALLAH telah bagi hint kepada aku...dan aku keep it for myself only....

Itulah sebahagian kebenaran terkeluar tanpa kita duga...aku juga manusia tidak sempurna..aku bukan bagus sangat...aku bukan baik sangat...aku bukan berjiwa mulia...keimanan aku tipis...sebab aku adalah hambaNYA yang hina...

p/s: ini adalah sebahagian kisah hidup aku...sekadar berkongsi

Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 Suko Qechek :

  1. tu lah WZ... hidup sentiasa tidak adil kerana kita sentiasa mencari kesempurnaan... namun kesempurnaan itu tidaklah sesempurna yang kita mahukan kerana manusia itu datang daripada Allah dan Allah mahukan kita mencarinya... namun apabila kita dalam kegembiraan..kita sering lupa kpdnya... itu adalah manusia... (lupa)... dan tugas manusia lain adalah mengingatkan manusia lain... Wallahualam...

    ReplyDelete
  2. Sabar ek abang wan. :-) Hidup ini memang penuh dengan pancaroba..

    ReplyDelete
  3. akmal: yup aku setuju

    Shafiq: tengah bersabar...dah lama dah pendam..kadang2 kena jugakkan lepaskan..lepaskan dalam blog je... hehehe

    ReplyDelete