MAHASISWA : Semakin sayu atau LAYU!

Assalamualaikum wbt.

Hari ini aku ingin bercakap tentang bidang yang telah lama aku tinggalkan 3 tahun dahulu, semasa aku zaman diploma, aku diibaratkan terlalu suka dan taksub pada kepimpinan pelajar terutama di dalam Pilihanraya KAMPUS, atau lebih dikenali PRK.


Isu yang aku ingin ketengahkan seperti tajuk entry di atas dimana berlakunya kelayuan di dalam Mahasiswa, terutama di dalam bidang politik, mahasiswa MALAYSIA sangat teruja dengan bidang politik sehinggakan mereka bercakap seoalh-olah boleh memerintah negara. Aku memang setuju dengan ayat ini "Pemuda Pemudi adalah tiang negara" namun inilah yang salah guna oleh MAHASISWA kita, cuba kita lihat, bila bercakap tentang topik, topik politik adalah topik paling sensasi namun mereka bercakap bukan atas dasar mereka sebagai MAHASISWA tapi sebagai pendukung PARTI politik seperti lembu ditarik dengan tali.



Sekarang keadaan tegang dengan penolakan BERSIH dari kerajaan dan pembawakan BERSIH dari pembangkang, jika kita dapat lihat kebanyakan mereka ingin sertai BERSIH seperti mahasiswa MELAYU kita namun sedar tidak sedar, bahawa MAHASISWA alpa atau terlupa akan isu lain seperti masalah sosial yang dihadapi oleh golongan remaja , namun ini pula dituduhnya kerajaan yang tidak adil, tidak bersih, korup, tapi cuba kita fikir balik apa tindakan kita dalam hal ini? tindakan kita hanya satu menjadikan kerajaan dan pembangkang untuk lakukan , kita hanya bersuara, dalam menyelesaikan isu runtuh akhlak, kelab dan persatuan di setiap universiti kan banyak, buatlah program kempen "Katakan tidak pada Runtuh Akhlak" ke, apa2 la asalkan ia dapat meringankan beban ahli-ahli politik kita.



Seterusnya, isu penganguran, kebanyakan mahasiswa kita mahu bekerja dan tidak mahu berniaga sedangkan usaha dilakukan oleh KPT adalah melahirkan golongan usahawan namun isu ini seperti chipsmore, sekejap ada sekejap tidak ada, isu ini adalah isu paling tercorot jika ingin dibahaskan. Namun realitinya kerajaan tidak mampu untuk menampung lebihan mahasiswa.


Isu seperti solidariti atau persefahaman antara semua mahasiswa , isu ini lembab dibahaskan oleh Mahasiswa kerana pemimpin2 Mahasiswa lebih suka mencari kuasa dan pengaruh bukan mempatrikan solidariti antara mahasiswa. Kepentingannya adalah untuk mewujudkan jati diri U, dalam diri masing2 tanpa mengira agama, bangsa dan negara bagi membentuk ummah yang kuat.

Isu-isu diatas ditenggelamkan oleh ISU POLITIK 50 sen menyebabkan mahasiswa kita semakin layu kerana isu 50 sen itu, aku sudah ada pengalaman bersama ahli-ahli poltiik Yang Terlalu Karut. Ayuh bangkitlah sahabat2 ku sekalian!!

Dan aku sendiri tidak mampu untuk menyelesaikan masalah tersbut namun tidak bermakna aku tidak berusaha, sekarang aku sudah menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan usahawan muda selepas graduan, aku juga berharap dengan post yang aku postkan ini dapat membuka minda mahasiswa terutama di UNISZA,


salam perpaduan salam persahabatan (^^,)
Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Suko Qechek :

Post a Comment