Apa Hak Kita Sebagai Manusia dengan Manusia?

Assalamualaikum wbt



Hari ini, tarikh agak cantik tapi, nak citer kongsi sesuatu apa hak kita pada sesama manusia.

Ini boleh dikatakan berkait dengan kisah peribadi aku dan keadaan sekeliling aku.

Hak kita dengan sesama manusia ada beberapa perkara

1. Benci
2.Marah
3.Sayang

Klu diikutkan yang pertama, hak kita untuk membenci seorang manusia adalah hak diri kita bukan hak orang lain tetapi ALLAH swt telah melarang hambaNYA membenci antara satu sama lain dan menjadi BATU API dalam sesuatu hubungan. Mungkin ada dikalangan kita semua pernah menjadi BATU API kepada seseorang sehingga sanggup seseorang membenci orang yang dia pernah rapat dahulu. Hak membenci ini sebenarnya bukanlah hak mutlak kita, sebab kita diajar untuk menyayangi sesama kita bukan membenci, jadi kepada orang tersebut cukup2lah dengan karenah BATU API anda, =p

Yang kedua , hak kita untuk marah pada manusia, ini memang hak mutlak kita jika kena pada tempat sebagai contoh melihat perkara maksiat didepan mata, wajib kita marah, benda xelok didepan mata wajib kita marah tapi kadang2 hak marah bertukar kepada benda lain, iaitu perasaan marah orang sesuka hati dan juga tanpa sebab musabab yang melambangkan seseorang itu PANDAI dan BERINTELEKTUAL. =p

Dalam soal ini, apa yang aku boleh kaitkan, jika hal-hal lama dijadikan alasan untuk menyempadankan sesuatu hubungan, itu adalah satu alasan tidak muhasabah atau tidak logik.



Yang ketiga, hak menyayangi sesama manusia samaada kawan atau lawan. Ya hak ini adalah hak yang paling bahaya dan ia menyebabkan timbulnya hak pertama dan kedua. Dalam soa perasaan sayang, nasihat aku, jangan permainkan perasaan tanpa sebab yang munasabah. Jangan perbodohkan orang kerana kita ada kelebihan dan dalam hubungan orang yang memandang hina pada seseorang itulah lebih hina di sisi ALLAH swt. Hak menyayangi perlukan sesuatu langkah yang lembut dan juga mendidik hati kearah kebaikan bukan keburukan. Hak menyanyangi adalah hak semua, dan berhak seseorang manusia itu menyayangi manusia lain atas dasar agama, bangsa, negara, dan juga manusia. Aku pernah diberi nasihat ketika aku tahu hal sebenar tentang 2 orang, 

"Demo xyohla wat musuh nga pok2 tuh, demo wat bodo jah, klu dio sakit tenat g melawat atas dasar kemanusian, bukan atas dasar sain demo"

So, bila aku dengar nasihat ini, aku mula cuba untuk melakukan terbaik untuk semua orang, tidak kisah sama ada musuh aku, kawan aku, orang benci aku, aku tidak kisah asalkan tanggungjawab aku sesama islam dan manusia tercapai dan mendapat keberkatan dari ALLAH swt. 




Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Suko Qechek :

Post a Comment