Cebisan Pendapat yang kecil dari AKU

Assalamualaikum wbt

Pagi yang indah berseri di hari ini, terbaca satu msg diberikan bertanyakan tentang kisah UPSI sebab beberapa hari ini kejadian berdarah dari UPSI sehingga melarat ke semua U dan ini merupakan satu fenomena kejatuhan BARISAN NASIONAL dan KEBANGKITAN PAKATAN RAKYAT.

Ini pendapat aku yang tulis dalam msg,

Saudara,

Bagi sy tidak salah bagi seorang mahasiswa utk berdemo dan menunjukkan sokongan kepada pemindahan auku, sy sokong jika mahasiswa mahu berpolitik di dalam kampus, tapi jika berdemo sehingga menyebabkan berlaku peristiwa berdarah, itu bukan mencari kebenaran itu kita melawan kebenaran, ada juga saya mendengar ramai menyalahkan polis, tapi adakh kita tidak fikir knapa polis ambil tindakan seperti itu, saya faham semua mahu jatuhkan kerajaan BN tapi kita jatuhkan untuk siapa kalau bukan untuk PR tapi bukan untuk kita kan??? Saya pernah terlibat dalam kedua-dua entiti ini, tapi tiada satu pun saya lihat ingin menolong anak muda tapi banyak menggunakan anak muda, berbalik kepada isu UPSI, saya juga adalah melihat pandangan dari soerang mahasiswa upsi berkata pendemo di UPSI memulakan rusuhan dan masa itu polis terpaksa menggunakan kekerasan, saya melihat ini dari segi rasional, kita mengambil analogi mudah, jika tidak ada angin masakan lagi pokok bergoyang, jika tidak ada yang cuba bermain angin masakan polis bertindak garang, inilah analogi yang mudah kita perlu faham, semakin hari semakin ramai menekan kerajaan supaya memberi kebebesan kepada adam adli, dan kebebasan akademik, saya sokong cuma apa yang membuat saya masih rasa kesal sikap mahasiswa kita masih berpolitik pada paksi parti iaitu BN dan PR, bagi saya perjuangan mahasiswa telah dimanipulasikan oleh kedua-dua parti ini, lihat sahaja demo akademik UPSI semalam dihadiri oleh PKR dan BN turut menyuruh anak2 buah mereka turun menentang adam adli (demo sal bendera najib) ini jelas kita sebagai mahasiswa hanya alat pada mereka, ada dikalangan mahasiswa mengatakan bahawa mereka ini tidak mengambil kesempatan tp menyatakan sokongan, tapi inilah dunia politik, kita perlu faham strategi as a politician, so mahasiswa kena berfikir keadaan ini sebelum bertindak

saudara,

Dalam memberi mandat kepada PR sebagai kerajaan baru mmg tidak dinafikan itu yang dimahukan oleh anak-anak muda, bagi saya tidak kisah siapa memerintah asalkan tidak ada dikalangan kita semua ini merosakkan agama kita, merosakkan 5perkara yang telah dipersetujui kepimpinan awal almarhum Tunku Abdul Rahman dan kedua mendiang Tun Tan Che Lok dan Tun Sambathan, ini yang saya selalu tekankan kpd sahabt2 sy , nak naik kerajaan baru boleh asalkan perkara diatas tidak di kacau, Ada juga dikalangan mahasiswa memberitahu mahu menjadi seperti zaman dahulu dimana mereka memperjuangkan nasib rakyat tapi kita kena ingat zaman dahulu, rakyat  mmg susah dan mahasiswa berdemo dan menuntut kebebesan adalah atas inisiatif usaha mereka tanpa berpaksi kepada mana2 parti politik tapi sekarang kita dapat lihat mahasiswa banyak berpolitik kepada parti, so bagi saya, secara peribadi, apa yang boleh saya katakan, why not kita ambil peluang, belajar sampai peringkat tinggi dan kita menolong orang melalui apa jua cara bisnes, politik, dakwah n what so ever, sebab dengan ilmu sahaja kita dapat mempengaruhi orang untuk percayakan kita, dengan ilmu sahaja dapat kita menjawab pada ALLAH apa yang kita lakukan untuk masa depan,

Ini adalah jawapan ambe, bukan senang untuk perjuangkan nasib rakyat tapi sebagai tambahan, kita juga kena tahu diri kita dimana dan perbaiki diri kita menjadi lebih baik dan berjuanglah namun ILMU jangan sesekali ditinggalkan....

=)
Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Suko Qechek :

Post a Comment