Tahniah Kelantan!! Tahniah N9!!

Assalamualaikum wbt

Hobin Jang Hobin,

Tahniah buat pasukan negeri sembilan , kerana menjuarai Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau sumbangsih, Peralwanan ini adalah lebih mirip kepada Charity Shield di EPL, Ia perlawanan untuk memberi sumbangan kepada negeri masing-masing dalam menolong rakyat jelata,

Berbalik kepada Perlawanan Malam ini:


Sememangnya dinantikan oleh peminat seluruh tanah air, Perlawanan malam ini agak menarik cuma pada tempoh masa berbaki 15 minit, kelantan mula goyah, terutama barisan tengah dan pertahanan. Sememangnya aku akui, kelibat Effa (pemain import N9) menggunakan kelebihan TINGGI untuk mencari bola dan jika dilihat memang KETINGGIAN punca utama tewas pemain kelantan terutama Azizi Mat Rose dan Pemain gantian Nik Syazwan. 

Farisham Ismail


Mohammed Ghaadar
NorSharul a.k.a Mat Yo



Sebelum perlawanan, aku bajet kelantan menang 1-0 atau penalti 5-4 namun sebaliknye berlaku, Apa yang aku suka adalah gerakan menarik gol antara mat yo dan ghaddar. Inilah kombinasi yang dicari oleh kelantan selama ini namun ia hanya berlaku utk sekejap sahaja. Gol yang dihasilkan adalah terbaik setakat aku tgk (pendapat peribadi).

Effa Owana

Selepas ini, kelibat farisham ismail di posisi betul namun kakinya membantu Effa menjaringkan penyamaan dan birthday boy kelantan, KFCM terlepas untuk kali pertama. Aksi KFCM agak memberangsangkan namun kesilapan dari pertahanan menyebabkan gol kedua disumbangkan oleh Effa. 

Khairul Fahmi Che Mat a.k.a APEX

Bagi aku permainan tengah N9 adalah terbaik terutama dari Sharul Eain dan juga S.Kunalan, dan pertahanan mereka juga goyah dengan kelibat Mat Yo dan Ghaddar sepanjang perlawanan kerana kebanyakan di selamatkan oleh pemain tengah. 

Selepas ini Kelantan mesti berwaspada dengan S.Kuna, Effa dan juga Shahrul Eain. Mereka perlu mantapkan semua sudut, termasuk dalam pemilihan first eleven tetapi aku tetap lega kerana ini bukan sasaran Jurulatih Peter Butler a.k.a Abe Butt. Sasaran dia adalah untuk piala Malaysia, FA, Super League dan AFC.

Selamat Maju Jaya buat Kedua-dua Team =)








Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Suko Qechek :

Post a Comment