Apakan daya...

Hidup ini teramat sunyi
Menggamit suara dilaman hati
Perginya siang kerana malam menanti
Aku masih lagi hidup begini

Terjumpa si dara sana dan sini
Untuk menuai dijadikan isteri
Namun sering kali ada permainan hati
Bilakah lagi permainan hati akan berhenti

Ibubapa sudah berbunyi
Menyuruh Ku mencari teman sejati
Ku meminta tangguhan lagi
Seluruh alam menjadi sunyi

Ku bercakap dengar diri sendiri
Apa sudah nak jadi dengan diri ini
Setiap hari masih berdiam diri
Bilakah langkah akan dimulakan lagi

Gambar menjadi penenang hati
Kadang2 ia terbawa ke dalam ilusi
Wahai sang pencipta sabarkan diri Ku ini
Utk mengharungi cabaran yang dilalui

Agama yang disanjungi
Tapi ia hanya menitir di bibir bukan di hati
Iman bukan mudah dijual beli
Hanya menghadap tuhan Ilahi

Ku harap teman memahami
Tpi bukan mudah utk dihargai
Ia memerlukan satu pengorbanan lagi
Bagi memastikan lancarnya hidup ini

Inilah kisah 3minggu berada dilaman sendiri
Tidak ada istimewa utk dikongsi
APAKAN DAYA boleh dibuat oleh diri ini
Melainkan sentiasa bermuhasabah diri
Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Suko Qechek :

Post a Comment