~Kasih Sayang Seorang Insan~

Assalamualaikum w.b.t

Kasih sayang seorang insan bertepatan dengan minda manusia iaitu berpasangan, tetapi itulah yang akan terkeluar diminda manusia. Kasih sayang memberi erti besar kepada hidup manusia, tidak kira dari seorang kawan, ibubapa atau kekasih, ia merupakan satu benda yang cukup susah untuk dikawal dengan minda dan hati yang bersih. Kasih Sayang manusia sering diperlakukan dengan nafsu semata-mata dan yang paling penting susah melihat keikhlasan dan kejujuran dalam kasih sayang.

Kasih sayang pada ibubapa memang tidak boleh dinafikan lagi oleh kita semua, kerana ia merupakan tunjang atau nadi hidup kita semua, dan melalui kasih sayang ibubapa lahirnya kita sebagai manusia yang merupakan insan juara dalam berbillion sperma.

Kasih sayang seorang kawan juga merupakan diperlukan dalam hidup kita cuma kasih sayang seorang kawan bukan berdasarkan perbuataan atau budi yang telah diberikan tetapi kasih sayang seorang kawan adalah berdasarkan bagaimana kita berkawan dan memandu seorang kawan itu ke jalan ALLAH s.w.t dan selalu memperingati kawan. Kasih Sayang seorang kawan juga bukan beert kita mengumpat atau membuka pekung kawan kita tetapi menyimpan rahsia kawan kita walaupun dia berkelakuan jahat dengan kita. Kasih Sayang kita juga pada kawan bukan melebihi kasih sayang kita pada ibubapa, tetapi kita mesti memberi kasih sayang itu pada kawan kita supaya ,kawan kita dapat menolong kita di akhirat kelak.

Kasih sayang sesama insan, adalah kasih sayang terbaik untuk dijalan ALLAH s.w.t, kerana ALLAH telah satukan hati kita dengan pasanga kita untuk kita membawa diri kita ke jalan ALLAH s.w.t. Itulah dinama kasih sayang syurga, dimana kasih sayang tidak berlandaskan nafsu manusia tetapi berlandaskan syariat ALLAH s.w.t, tetapi dalam kasih sayang sesama insan, tidak perlu memandang kepada lahiriah , cukuplah sekadar dengan taat pasangan kita pada ALLAH s.w.t kerana ALLAH telah jamin bahawa mana-mana umat ALLAH taat pada ALLAH, akan diberikan cahaya ketika disyurga, muka bersinaran cahaya, itulah kekasih yang sejati disisi ALLAH dan beruntung sesiapa mendapatkannya, untuk mendapatkan kasih sayang sesama insan bukan merampas atau pun cuba mendapatkan hak orang lain, dan bukan juga mencari lahiriah, kenapa saya menegaskan lahirah, kerana lahiriah tidak menjamin kebahagiaan , yang menjamin kebahagiaan adaalah hati dan taat pada ALLAH, dan seruan saya pada pasangan, ambillah peluang berdakwah pada pasangan masing-maisng supaya hubungan itu diberkati oleh ALLAH s.w.t.

amin ya rabb..semoga anda semua dalam keadaan bahagia~

mood tumpang happy nampak orang lain happy
Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Suko Qechek :

Post a Comment