Assalamualaikum w.b.t
"Sahabat ku, dalam perjalanan hidup tiada pun yang akan menyenangkan kita
Liku-liku yang sahabat tempuhi itu adalah ujian ALLAH s.w.t,
Kebenaran yang sahabat tegakkan selama ini adalah salah satu nikmat dari liku-liku sahabat tempuhi
Sahabat, manusia tidak akan berpuas hati jika melihat kejayaan orang lain dan paling utama sifat dengki dan suka bermusuhan,
Sahabat, manusia tidak akan gembira selagi orang yang dia kenali tumbang dan rosak,
Sahabat, hubungan serta masalah manusia dengan manusia tidak akan berkesudahan sampai ke akhirat sana sahabt,
Jadi, nasihat aku sebagai sahabat mu, dekatkan diri dengan ALLAH, nescaya ALLAH akan menunaikan segala hajatmu, percayala,apa sahaja yang mu lalui selama ini adalah nikmat yang akan diberikan kepada mu selepas ini cuma masa sahaja sahabat, ALLAH telah menyayangi mu sahabat sebab itu dia mendatangkan pelbagai ujian sehingga mu tidak tau kenapa orang selalu tidak boleh tengok kesenangan mu, sahabat,
Sahabat, aku tau, di dalam keadaan mu, mu tengah bersedih, sahabat, air mata mu sangat bernilai untuk ditangisi, janganlah menangis kerana manusia atau masalah, menangis kerana ALLAH, nescaya ALLAH mendengar rintihan mu, sahabat, aku bangga dengan mu, sebab mu boleh bertahan dengan keadaan sekarang, mu tidak cepat melatah hanya menyimpan kesabaran sahaja, subhanallah, ALLAH telah memperlihatkan kesabaran mu kepada aku, menambahkan lagi keimanan aku kepada ALLAH, sahabat, bersabar dan terus berjuang dalam hidup mu dan terus berdoa, dan terus rapatkan diri dengan ALLAH, sesungguhnya ALLAH menyukai mu sekarang, amin ya rabb"
Ini lah mesej yang aku terima semalam dari chatting, aku telah mengalami banyak ujian dari ALLAH, aku tahu ramai lagi yang menghadapi ujian lebih hebat dari aku, tetapi ini adalah kisah hidup aku, aku tahu tidak mudah bagi seorang manusia untuk melalui saat ujian yang begitu perit dan aku bersyukur pada ALLAH, kerana diberikan kekuatan sehingga ke saat ini, dan aku berharapsehingga saat seterusnya kekuatan aku miliki sekarang bertahan sampai bila-bila.
Dalam dunia ini, ibarat makan, kita makan ketika lapar. seperti juga dalam hidup, kita akan menghadapi ujian seperti kita lapar, setiap hari pasti ada ujian yang akan menimpa diri kita, cuma atas diri kita sahaja untuk kita melakukan atau menyelesaikannya. Sahabat sekalian, ujian dalam hidup kita cukup cukup berbeza, ada ujian yang menimpa kerana tidak mendapat apa yang kita inginkan, adakalanya ujian menimpa kita lebih teruk dari apa yang kita sangka seperti kehilangan tempat bergantung. Sahabat, dalam artikel ini, aku menulis untuk sahabat-sahabat diluar sana yang sedang menghadapi masalah hidup, bersabar di atas ujian NYA, rapatkan diri kita dengan ALLAH, carilah orang yang kita paling percaya untuk meluahkan isi hati kita supaya kita akan berasa senang hati, aku tau ada umpama berkata cakap senangla nak buat susah, tapi sahabat apakah itu menjadikan satu alasan untuk kita tidak berusaha untuk menempuhi ujian ALLAH s.w.t, aku mendoakan sahabt2 disana mendapat rahamt dan keredhaan dari NYA.
Sahabat, ujian akan diganti dengan nikmat yang panjang.
Sahabat, berdoa dan terus berdoa, semoga ALLAH merahmati dan meredhai kita semua dan kita diberikan kekuatan untuk menempuhi ujianNYA. amin ya rabb
0 Suko Qechek :
Post a Comment