Assalamualaikum w.b.t
Hidup untuk berinspirasi
Macam mana hidup berinspirasi? sebelum itu, Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mendefinisikan inspirasi adalah ilham atau bisikan hati.
Di dalam hidup kita, kita sering menjadikan seseorang , pengalaman, sesuatu benda atau sebagainya sebagai sumber inspirasi untuk kita lebih maju kehadapan, ada juga sesetengah manusia, berinspirasikan penipuan, fitnah dan juga menyebar pengaruh untuk memajukan diri dalam hidup terutama dalam politik dan juga berkawan.
Hidup untuk berinspirasi adalah salah satu cara untuk memotivasikan diri kita sebagai manusia yang banyak menghadapi dugaan hidup seperti dugaan rumah tangga, dugaan ekonomi, dugaan kawan2, dugaan cinta, dan juga dugaan diri sendiri. Di dalam hidup, tidak semudah seperti kita berkata-kata, tidak mudah seperti kita berfikir atau tidak mudah seperti kita berimpian tetapi dalam mencapai kemajuan inspirasi diperlukan. Hidup ini ALLAH s.w.t telah menetapkan ada kala manusia akan menghadapi dugaan adakala manusia menghadapi kegembiraan cuma di atas pilihan kita untuk memacunya dan dalam membuat pilihan , inspirasi diperlukan bagi mengelak kecelaruan dalam hidup kita.
Inspirasi adalah salah satu item untuk manusia berjiwa besar dan dalam inspirasi, kebiasaannya pengalaman lah menjadi punca utama manusia teruskan hidup dalam dugaan besar, kita lihat bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, dari tiada pelajaran tinggi tapi mampu untuk menjadi orang ke5 terkaya di Malayasia dengan hartanya bernilai 4 billion, kita juga dapat lihat bagaimana Tun Mahathir dapat menjadi pemimpin yang hebat didunia dan beliau merupakan dari golongan yang susah. Kenapa saya mengambil 2 pemimpin hebat ini? sebab pengalaman mereka menjadikan diri saya lebih bermakna dan hidup diteruska, jika kita lihat, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah dari orang yang berada atau kaya, beliau memulakan perniagaan dengan membawa sendiri barang2 niaga ada suatu ketika beliau membahagikan duit gaji beliau kepada orang kampung semata-mata ingin berkongsi, itulah salah satu sikap beliau yang saya puji , kerana sukar mencari orang macam beliau, zaman sekarang orang lebih sayangkan duit dari pahala. Dan pada hari ini nama beliau gah di bibir2 usahawan anak melayu dan beliau juga pernah menyumbangkan 1juta kepada orang melayu semata-mata ingin melihat orang melayu berjaya. Adakah kita boleh buat seperti beliau? tepuk dada tanya iman...
Bagi Tun Mahathir, sikap beliau berpandangan jauh sukar di amalkan oleh pemimpin sekarang, bagaimana kita lihat beliau membangun negara Malaysia dari krisis ekonomi, nilai mata wang Malaysia jatuh dan meluaskan kuasa orang melayu. Jika kita lihat, beliau dan isteri beliau merupakan orang perubatan dan sukar untuk kita lihat pada zaman sekarang orang perubatan melibatkan diri dalam kepimpinan bukan tiada ada, cuma kurang. Tetapi beliau tinggalkan dunia perubatan dalam memimpin Malaysia kearah negara maju, kritikan beliau, ketegasan beliau, pemikiran beliau sukar ditandingi oleh mana-mana pemimpin sekarang dan Bill Clinton juga menghormati Tun Mahathir. Beliau dulunya menjual goreng pisang pada zaman kecil dan sekarang budak penjual goreng pisang menjadi pemimpin hebat. Kehidupan susah kedua-dua tokoh ini menjadi inspirasi untuk mereka lebih berjaya dan pada zaman sekarang, manusia semakin selesa dalam arus teknologi, ini membuatkan manusia semakin malas untuk bekerja dan membuat sesuatu, dan pada pandangan saya, jika tiada kesusahan atau sesuatu paksaan untuk dilakukan , mungkin manusia akan terus lalai.
Di dalam hidup berinspirasi, setiap pagi kita mesti memotivasikan diri kita untuk membuatkan diri kita lebih ceria cemerlang dan bersemangat dan berkawanlah dengan orang berjaya bukan berkawan dengan orang yang tidak berjaya atau tidak tahu hala tuju hidup. Kejayaan tidak akan tercapai jika tiada kesusahan pada permulaan., tiada jalan mudah dalam hidup, kita perlu mengikut aturan nya dan dalam mencari inspirasi hidup, setiap malam sebelum tidur amalkan muhasabah diri dan semayang sunat tahjud supaya kita mendapat keredhaan dari ALLAH s.w.t untuk hidup kita dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ALLAH s.w.t berikan kepada kita dan sentiasa berharap pada-NYA untuk mencapai impian kita.
Semoga ALLAH s.w.t memberkati pembaca dalam menjadikan hidup anda sebagai insan berjaya.
"Today ALLAH give us cry , Tomorrow ALLAH give us smile"
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Salam,
ReplyDeleteBtul.....May Allah bless you always.....
alhamdulilah, thanks kak yuni
ReplyDelete