Assalamualaikum w.b.t
Hari ini, aku ingin menulis tentang perubahan manusia seperti pepatah, berubah air kerana pembentungnya, berubah manusia kerana perangainya. Aku menerima berita dari sahabat aku ini, namanya biar dirahsiakan, tapi sebelum itu, tujuan aku menulis ini adalah bukan untuk membuka pekung didada atau bercakap tentang keburukan terhadap sahabat aku cuma aku ingin mengingatkan diri aku dan para sahabat semua Bagi aku, aku mendukung pesanan Rasulullah s.a.w, iaitu "sampaikan sunnahku walaupun sepotong ayat" dan melalui pesanan ini, maka berita ini aku jadikan sebagai satu peringatan kepada sahabat-sahabat blog sekalian.
Di dalam mengejar arus kemodenan, aku dulu merupakan seorang yang tidak berpegang teguh kepada ISLAM, tetapi apabila aku bertemu dengan seorang sahabat aku ini, dia menunjukkan sinar cahaya ISLAM, dan sejak perkenalan aku dengan dia, dia tidak lekang menasihati aku tentang ISLAM, tapi pada waktu sekarang apabila aku menasihati balik perkara yang dia nasihati aku dulu, perkara yang tidak boleh dibuat atau ada khilaf dalam ISLAM.Dan pagi tadi adalah berita amat menyedihkan, dulu menjaga tutur kata dan batas pergaulan, sekarang tidak lagi makan tentang itu semua pada dia.
Itulah serba sedikit tentang sahabat aku, cuma disini ada satu potong kata-kata hikmah dari alim ulama' "manusia ini setinggi mana ilmu agamanya, sebanyak mana pengetahuan ilmu agamanya, jika tidak dikawal, ia akan jatuh tersungkur ke tanah" melalui kata-kata ini, aku baru mengerti, sebenarnya punca segala masalah adalah dari diri sendiri bukan kerana ALLAH menetapkan hidup kita seperti itu. Diri sendiri membuat diri kita menjadi terpesong seperti mana berlaku ajaran sesat seperti Rasul Kahar dimana menyatakan dirinya sebagai raasul dan menyatakan dia menerima surah yassin melalui mimpinya dan kita dapat lihat bagaimana dia membawa dirinya selepas itu.
Pada anda semua, tidak semestinya kita mempunyai agama yang tinggi kita akan mendapat rahmat lebih baik dan tidak semestinya kita tidak mempunyai agama tinggi kita tidak akan mendapat rahmat lebih baik cuma atas diri masing-masing, yang mana mempunyai ilmu yang tinggi berkongsi-kongsi dan gunakan sepenuhnya bagi memandu hidup dengan lebih baik dan yang mana sudah kurang, tidak perlu berasa rendah diri dan risau, carilah sedalam-dalamnya ilmu agama kerana itulah "mata wang" yang diperlukan oleh kita semua di hari akhirat nanti.
Ini merupakan peringatan kepada aku serta sahabat-sahabat sekalian. Semoga dengan aku menerima berita ini menjadikan diri aku lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Kepada sahabat aku, aku merindui diri mu yang dulu dan semoga ALLAH merahmati dan menyayangi anda dan juga menlindungi anda dari maksiat~amin ya rabb
mode sedih teramat~~ =(
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Suko Qechek :
Post a Comment