~Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha~versi Bahasa Melayu

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Menyambut Hari Raya aidiladha, semoga pengorbanan anda sebagai makhluk ALLAH s.w.t mendapat berkat dan keredhaan oleh ALLAH s.w.t dan menjadikan diri kita sebagai lebih baik dari semalam dan menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S kerana mengikut perintah dari ALLAH s.w.t, ini bermakna walau apa jua keadaan, jika ia datangnya dari ALLAH s.w.t, kita mesti patuh pada ajaran ALLAH s.w.t kerana ALLAH s.w.t adalah lebih dari segalanya.

Selain itu , ALLAH s.w.t telah menetapkan hari raya aidiladha supaya umat ISLAM dapat berkorban demi Agama Bangsa dan Negara yakni dengan tulus ikhlas dan hati yang bersih. Sahabat-sahabat sekalian, semoga pada hari yang mulia ini, kita semua akan mendapat rahmat dari ALLAH s.w.t diatas pengorbanan kita terhadap diri kita, ibubapa kita, sahabat-sahabat kita, saudara islam kita dan yang paling utama adalah pengorbanan kita pada ALLAH s.w.t

Semoga dengan kata-kata ini dapat sedikit kita perhalusi pada pagi raya ini dan saya ingin mengucapkan kepada pengunjung blog setitis air liur ambo, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia.
Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Suko Qechek :

Post a Comment