~ Kissing in Couple is small matter ~

Assalamualaikum w.b.t

MMMUAAAH
selamat malam sayang

MMUAH
sayang jaga diri ya

Abang nak kiss AYANG leh
Kiss lah
MMUAAAH

Gelagat sang helang menyambar mangsanya tidak menunggu untuk semnit dua tapi gelagat sang pendusta CINTA menyambar mangsanya adalah sangat lama.

Kita sering melihat couple sedang hangat bercinta, bagi mereka Kiss itu adalah perkara biasa dan tidak salah pada mereka tapi pada agama ISLAM kita adalah salah. Manusia mempunyai satu lumrah iaitu ingin dibelai dan dimanja tapi dengan cara haram iaitu KISSING.

Ada juga yang belajar tinggi-tinggi mengeluarkan statement macam ini :

" Kiss itu adalah normal dalam couple-couple ni"

dan ada juga yang selama ini dianggap menjadikan agama sebagai satu panduan mencari CINTA tetapi megeluarkan statement macam ini :

"Kiss ini biasalah, couple2 kan, tengok orang lain boleh buat"

Kalau diikutkan KISSING di izinkan di dalam ISLAM apabila hubungan itu sudah halal melalui perkhawinan, ketika hangat bercinta, perkara KISSING dipandang mudah dan dengan permulaan KISSING lah timbulnya nafsu untuk kearah benda lain. 

Sy juga pernah melihat di wall-wall FACEBOOK , bukan anti couple, sy pernah couple, tapi tidakkah pernah kita terfikir, FACEBOOK semua orang boleh tengok, jika mmuah pada pasangan kita, kita tdk malu ke pada keluarga dan ahli keluarga lain? mesti tidak malu sebab KISSING is small matter. Sy terlalu anti kepada couple yang buat kissing sama ada di dalam skype, yahoo, FB, HP , bagi sy, kissing itu, terlalu mahal nilainya dan ia perlu di buat dalam keadaan HALAL.

Mungkin ada orang kata, alah biasalah tuh, bukan sungguh2 pun, setakat dalam HP dan laman sosial jer, apa nak kisah. Tapi dalam masa kita menghantar mesej itu tidakkah kita terfikir lebih baik kita menghantar mesej kiss kepada mak ayah kita, kita hnatar mesej dakwah pada pasangan kita?

Couple juga merupakan anugerah ALLAH kepada kita untuk mengenali pasangan kita tapi tidakkah kita terfikir kita diberi peluang oleh ALLAH untuk kita berdakwah kepada pasangan kita. Betul kata orang , CINTA itu buta bila sudah sampai tahap maksima, dan ada juga menjadikan CINTA tempat untuk melepaskan rasa bosan dan juga mempermainkannya.

CINTA juga melahirkan rasa hebat dalam diri sebab boleh mendapatkan pasangan dan CINTA juga tempat untuk melepaskan segala nafsu serakah manusia. CINTA juga boleh membuatkan manusia itu runtuh jiwa dan kehidupan.

Saya bukan anti CINTA tapi teramat benci kepada PENDUSTA CINTA!

Jika kita tidak boleh mendalami apa itu CINTA, usahlah kita mengeluarkan kata-kata nikmat dan hikmah tentang CINTA.  Dan jangan jadikan KISSING itu penanda CINTA! sebab itu CINTA syaitan!
Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Suko Qechek :

Post a Comment