.:: Kisah si A ::.

Assalamualaikum w.b.t

Sekadar perkongsian dengan anda semua,

Bermula dengan kisah ini.........................

A merupakan seorang manusia dirundum malang, dan A selalu menyalahkan takdir dan ada juga suatu ketika dia menyalahkan ALLAH sebagai punca hidupnya tidak tentu arah. Hidup A bertambah rosak bila kawan-kawannya menikam belakang dan sebagai balasan A tidak lagi berhubung dengan mereka semua kerana tidak mahu peristiwa itu berulang lagi. Selain itu, A hanya menjadi bahan cemuhan oleh kaum kerabat keluarga dan tidak kira apa tindakan A lakukan, hanyalah kesalahan yang dinampaknya. Setiba nya B dan C dalam hidup A, hidup A sudah mula berubah, sudah mula mengenali apa itu ALLAH sehinggakan satu masa A merasakan ALLAH telah menyedarkan si A dengan hanya menampakan seksaan kubur ketika berada berseorangan dan menyebabkan si A terus berdoa agar dia tidak terlibat dalam situasi tersebut. B dan C adalah jantung kepada si A, B dan C selalu menasihati A dengan lembut dan keras, dan inilah yang dicari si A untuk mendapat keredhaan ALLAH dalam hidup si A. Dalam pada itu, Si A menyelami perasaan bersama Si D, mereka pada awalnya hidup senang, tapi kemudian musnah dipertengahan jalan, mungkin Si A mempunyai banyak kelemahan yang dilihat oleh Si D, namun kelebihan Si A tidak lagi dilihat, hanya menutup mata sebelah sahaja, Merana dan Sakit itulah kehidupan Si A, namun ALLAH telah turunkan Si E dan Si F, untuk membantu Si A mendapat kehidupan yang ceria namun jauh dari sudut kehidupan Si A, Si A hanya menceriakan hidupnya dengan ketawa tanpa rasa sedih bg memenuhi kehendak Si B, Si C , Si E dan Si F. Bagi Si A, mereka berempat jantung penawar Si A, pada suatu ketika, Si A dimasukkan kedalam hospital dan Si B, Si C, Si E, dan Si F merasa hairan kemana Si A menghilang sudah seminggu tidak hadir ke kuliah, namun muncullah Si G iaitu sahabat Si A berjumpa dengan 4 sahabat Si A yang lain menyatakan Si A sudah meninggal dunia pada semalam kerana diserang penyakit tumor otak. Tersungkur ketanah dan air mata membasahi bumi, Inalilahhiwainnahirojiun itulah perkataan keluar dari 4 sahabat si A, namun Si G memberi surat pesanan terakhir kepada 4 sahabat:

Kehadapan Sahabat2 ku, Setelah kamu semua membaca surat ini, bermakna aku sudah tiada lagi di dalam dunia ini, ALLAH telah menjemput ku untuk bertemu dengannya. Sahabat sekalian, dulu kehidupan aku bukanlah seceria seperti kamu semua, tapi bila ALLAH pertemukan aku dengan kamu semua, hidup aku ceria namun jauh disudut hati aku, aku berasa sedih kerana aku tidak dapat bersama kamu semua , mencapai impian ku bersama kamu semua dan macam2 lagi

Sahabat masih ingat x lagi, bila hadirnya seorang Si D dalam hidup ku, aku mula bahagia dan tidak ada aku melupakan mu sahabat, namun perjalanan nya tidaklah sehebat yang dilihat, Aku tersungkur dipertengahan jalan atas sebab yang tertentu, mungkin itu yang terbaik oleh ALLAH untuk ku,dan ALLAH telah menceriankan hidup aku dengan kehadiran kamu semua dan namun sampaikan khabar ini kepada nya, katakan kepadanya, aku sentiasa doakan yang terbaik untuknya.

Sahabat2 ku yang ku kasihi,

Aku tidak dapat tinggalkan apa2 untuk kamu semua cuma sekeping gambar kita bersama ketika berkelah bersama-sama. itulah hadiah terakhir ku kepada kamu semua, sahabat2 ku, ingatlah pesanan ku, taat pada ALLAH, taat pada ISLAM dan capailah kehidupan yang sempurna dan janganlah meletakkan diri kamu semua ke dalam kehidupan yang hina. 

Sahabat, hari sudah malam, aku rasa sudah sampainya masa untuk aku bersama ALLAH, aku mendapat kekuatan untuk menulis semua ini diatas kenangan dan hubungan kita semua. Semoga ALLAH merahmati hidup kamu semua....

Assalamualaikum.

Setelah membacanya, mereka semua pergi melawat kubur Si A dan mereka semua menyempurnakan doa untuk Si A.
Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Suko Qechek :

Post a Comment