Nicholas Spark "The best love is the kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts and brings peace to our minds. And that's what
you've given me. That's what I'd hoped to give you forever.
Impian ingin bercinta ada dalam setiap diri manusia, sebab itu adalah lumrah kita sebagai manusia namun apa yang menjadi persoalan, bagaimanakah kita mengharungi persoalan ini, wan baru sms dengan rakan fb, (nama perlu dirahsiakan) ,
wan ada menegurnya, dan dia tampak sedih, tidak baik bagi manusia mendoakan keburukan bagi seorang manusia namun itulah manusia sedikit banyak ada kekurangan dan bila bersms barulah tahu apa punca sebenar, sebenarnya, ia bukan lah satu masalah besar namun kerana dek emosi melanda kedua-dua pihak, maka putus adalah jalan terakhir,
Wan ada juga rasa sedih bila mendengar ceritanya, bagi wan semua ada kesilapan dan ada juga kelebihan masing2, bagi wan setiap pasangan itu perlu menerima baik dan buruk seseorang itu bukan menghukum dan menuruti apa yang perlu dilakukan oleh pasangan itu mengikut kehendak kita.
Wan pernah lalui semua itu dan wan berpesan padanya, hanya satu ingat ALLAH, carilah apa cara pun untuk ingat pada ALLAH, dalam mencari ketenangan, kita kena ingat ALLAH dan janganlah kita tinggalkan ALLAH bila kita senang,
Selepas perbualan sms, barulah kawan sedar yang selama ini hubungan mereka terlebih dari sepatutnya, apa mereka lalui semua berpunca dari nafsu mereka sendiri dan dia melahirkan rasa syukur sebab sedar dan wan ngerti bukan mudah untuk melupakan semua, tapi wan bagi semangat untuk dia hidup dengan memori dia bukan hidup dalam memori dia
Alhamdulilah, selepas sesi bertemu dan meluahkan, dia sudah merasa happy, wan pun happy cuma siapa tahu isi hati kita kecuali ALLAH
Selepas itu, Wan pun terfikir, apakah ada lagi pasangan yang boleh menjalankan kewajipan sepenuhnya ISLAM dalam hubungan tersebut, pengalaman wan, wan cuba, namun berhenti dipertengahan jalan, sebab ia berkaitan dengan lumrah manusia dan jiwa manusia,
Bila berpasangan, bukan susah untuk layan perasaan manja rindu dan sayang, tapi itulah adalah perasaan yang perlu diterapkan dalam hubungan tapi pada masa dulu wan hanya melakukan sebahagian sahaja sebab wan memikirkan menghormati dia sebagai wanita dan keluarganya sebab wan tidak mahu merosakkan akal dan hati nya sebab wan berkenan padanya kerana AGAMANYA,
Dalam soal berdating pula, wan pun tidak pernah nak merasai berdating berdua-duan, cuma membawa kawan sebagai teman, sebab dalam pemikiran wan, wan hormati Dia sebagai wanita yang berAGAMA, dan keluarganya yang menjaga Dia sebaik mungkin,
Dalam soal ucapan kasih dan sayang juga wan mengambil masa yang lama untuk meluahkan dan pada masa itu jiwa wan meronta-ronta akhirnya dilepaskan selepas beberapa bulan dan boleh dikatakan pada masa itu, wan lalai.
Itu semua berkaitan dengan cinta , namun cubalah bercinta atas nama ISLAM, supaya kita berada dijalan yang benar dan diredhai oleh ALLAH
Entri ini wan buat hanya sekadar perkongsian pengalaman wan dalam bercinta, wan pun ada kurang dan lebihnya, cuma pesanan wan, biarlah kita mencintai seseorang bukan kerana kehendak atau ciri2 kita nak tapi bercintalah dengan AGAMANYA, itu bagi wan sudah cukup kerana dalam AGAMA sudah ada semua yang diajar,
Wan pun berharap dapat seorang isteri yang solehah, wan
doakan semua dapat pasangan yang soleh dan solehah!
Wan tinggalkan satu coretan hati wan baru je wat tadi dalam otak hehehe:
Indah dinihari bila kita bersua setiap hari
Indah dingin malam bila kita cinta kita kecapi
Setiap saat hati ini terus berkencang berlari
Bila jumpa si jantung hati
Setiap detik dalam hatiku hanya ALLAH dalam ingatanku
Setiap lafaz cinta ku, hanya ALLAH saja tahu maksud ku
Setiap kelipan mata ku pada mu, hanya ALLAH saja tahu niat ku
Setiap senyuman ku pada mu, hanya ALLAH saja istimewa diri mu kepada ku
Setiap pagi, solat dhuha menjadi santapan rohani kita
Setiap malam, solat hajat memimpim doa untuk kita berdua
Setiap tengah malam, solat tahjud untuk hapus dosa cinta kita
Setiap saat, doa aku pada mu tidak pernah terputus jua
Setiap saat dalam hidup ku tidak ada istilah menyesal
Setiap perlakuan mu kuterima dengan penuh rasa keikhlasan
Setiap perkataan mu, ku terima dengan senyuman
Setiap hembusan nafas mu, menjadi kekuatan kepada diri ku
Dihujung hidup tidak ada satu titik di dalam perjalanan
Cuma dengan satu lafaz nanti aku akan letak titiknya
Semoga terjadinya impian kita untuk sebuah perkhawinan
Dan hidup dengan penuh kebahagiaan dan redha dari NYA
(khas buat si muaannas yang sentiasa didalam hati ku)
0 Suko Qechek :
Post a Comment