Ku Cari Damai Abadi ~ Abdullah Ahmad Badawi
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi
Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
Kalau teman2 aku yang sudah lari kerana "bualan" tidak betul, ku harap anda semua memahami sajak ini, terutama ayat ini, ku cari kawan2 bukan untuk berfoya-foya
Aku mencari ketenangan ABADI, YA ALLAH, kuatkan hati hamba MU
About admin
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
0 Suko Qechek :
Post a Comment