Sudahkah kita bersedia??

Assalamualaikum wbt

Sudahkah Kita bersedia??..................



Di dalam hidup ini kebanyakan manusia mudah mengambil keputusan tanpa memikirkan apa itu kesan kepada hidup mereka, bagi mereka keseronokan itu adalah penitng, entry ini aku bukan untuk mengata dekat sapa2 tapi cuma sekadar peringatan kepada diri aku dan semua..

Tajuk itu menjadi persoalan dalam minda korang, bersedia untuk apa? mungkin ini pilihan kita:

a. Bersedia untuk mati
b.bersedia untuk menjadi suami isteri
c.menjadikan diri lebih baik dari orang ramai
d. putus tunang, cerai, bergaduh,
e. DLL

Bagi aku pilihan diatas adalah semua manusia pernah mengalami dan aku juga pernah mengalami jua, kita pergi satu persatu, aku mulakan dengan pilihan D, ini banyak berlaku di zaman sekarang, kerana mereka lebih suka penceraian dan putus even mereka tau yang ALLAH tidak suka kepada penceraian, namun, kebanyakan pasangan ini kurang didikan agama, mereka lebih suka mengejar kepada DUNIA seperti juga couple, susah ingin kita berjumpa dengan pasangan yang betul2 mengamalkan ajaran islam, aku juga pernah bertemu dengan orang kuat agama , namun dia terkulai dengan pasangan tersebut hanya kerana perkataan rindu dan sayang.

Bagi aku, untuk bercinta, biar benar2 kita bersedia dari segi apa jua termasuk iman kita , dan aku pasti sesiapa sahaja menyebut perkataan rindu dan sayang pada pasangan nya, mereka akan jadi lalai, seperti bahagia namun mereka tidak sedar bahawa masa itu iman mereka jauh dan syaitan menjadi orang tengah mereka, diri ku juga macam tuh dulu, tapi atas nasihat sahabat, menyuruh aku bersedia dulu sebelum bercinta...dan aku yakin, jodoh aku bertemu di mekah pada tahun depan sebab aku akan kesana, moga dipercepatkan jodoh aku dengan si dia (korang doa2kan aku e)

Pilihan seterusnya, menjadi lebih baik dari orang lain, ini mungkit sensitif, tapi biarlah orang membuka mata, kebiasaan orang nak jadi lebih baik banyak namun hanya omongan kosong dan yang membawa seseorang itu kepada kebaikan pun jadi jahat juga akhirnya, aku pernah mengenali beberapa lelaki yang boleh katakan rosak, dengan gaya hidupnya, aku ada bertanyakan kepada salah seorang, jika kau mati nanti, kau xbertaubat, ko xtakut ke tuhan seksa ko, dengan selamba jawab aku tidak takut, namun ditakdirkan hari itu beliau nampak kawan belia meninggal akibat rempit berkecai body...masa itulah bertaubat...mujurkan, satu lagi, jika seorang perempuan itu kehilangan dara, apa pandangan lelaki? mesti nak kawan dan cuba amik kesempatan, jika ada yang terlalu baik, didik perempuan itu ke jalan yang benar, namun jika perempuan itu tidak mahu apa nak buat kan??? ini semua manusia sentiasa mahu menjadi lebih baik dari manusia lain, cuba lah jadi diri sendiri, kerana ALLAH suka keepada hambaNYA yang sentiasa bersyukur dengan apa ALLAH berikan.

Pilihan ni xnak komen banyak, klu nak jadi suami isteri, kena ada dunia dan akhirat yang paling penting agama dan duit =)

Yang terakhir, bersediakah kita untuk mati?? ini jawapan senang sahaja, belum, siapa mahu mati?? ce cite ..tiada nya, cuma ALLAH tidak kira waktu ambil nyawa kita seperti jga dalam tidor, sebelum tidur ingatlah mati, mana tahu esok xbangun dah, xsmpat nak bertaubat, dalam hal ini, manusia alpa bila senang, tapi ingat tuhan bila susah, ini dinamakan manusia lalai dan akhir zaman, smoga ALLAH memberi umur panjang dan dapatlah kita menyebarkan syiar ISLAM!!
Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 Suko Qechek :