Adakah ini yang terbaik untuk diri KU??

Assalamualaikum wbt,

Selamat Hari Raya Pada Semua--Fuh, arini letih simpan rumah untuk open house esok, dan skrg masih menunggu khemah, janji nak datng kul 8malam semalam, pastuh kul 2pagi nih n then bila call balik kul 4pagi plak, penat nunggu nih..

Arini, aku beraya di kampung je, PASIR MAS, best woo sebab ada duit raya, Budaya keluarga aku, selagi mana xkija or xkhawin and still belajar, DUIT masyyukk...hahaha..sebab tuh aku berhasrat nak study sampai pangkat PROF (mudah2han..)

Entry kali ini dibuat selepas lama aku xberblog, huhu, cuma tadi aku berbicara dengan sahabat ketika aku dan dia masih kecil, dia merupakan suami kepada sepupu ku, Dia banyak bercerita tentang kisah dulu2, hahaha...namun kedatangan nya kerumah ku bersama keluarga mertua yakni mak sedara aku, banyak berkata  tentang perkhawinan, yup ini buat aku kurang selesa, sebab ramai mengharap aku khawin next year dan bertambah stress dan kurang selesa bila aku terpikir sal sepupu ku , DR.Sana, anak Ayah Long aku, dia pun dgr khabar nak khawin, sepupu ku merangkap adik beradik susuan ku, Dr Yusuf dah berbahagia dengan Dr.Sarah, 

Sedangkan aku masih begini, yup..aku masih lagi tidak ada rasa nak khawin cuma bila sahabat aku berpesan, kena cari dah, lama membujang dan aku terpikir jika aku mencari skrg untuk melamar sebagai isteri ku adakah ia pilihan tepat bagi ku?..adakah ia terbaik untuk ku? urusan agama ku dan kehidupan ku?

Kerana AGAMA dan KEHIDUPAN aku tidak sempurna menyebabkan aku masih belum rasa bersedia nak khawin, hal ini berlarutan sehingga setahun yang lalu dan kini, mereka makin medesak untuk aku perkenalkan bakal isteri ku esok, namun aku awal2 sudah bagi jawapan, aku masih single dan tidak ada yang aku berkenan melainkan ALLAH telah tetapkan aku berjodoh dengan sipulan ini,

Dan sewaktu aku simpan or kemas rumah tadi, aku juga ada bermesej dengan beberapa kenalan perempuan , saja untuk lepas bosan, sehingga ada bertanyakan aku, adakah aku masih belum berpunya, sebab dia nak perkenalkan aku pada kawannya, namun jawapan aku.......................

Boleh sahaja, tapi hanya berkawan, tidak ada lebih dari seorang kawan, bagi aku , aku lebih rela berkawan dari bercouple, setelah aku ditipu beberapa kali oleh kaum HAWA, dan kenalan aku berkata , nak suh aku jumpa dia esok, tapi aku telah beritahu, biarlah berkenalan di FB sahaja dan bila saat tiba, baru berjumpa,

Bukan aku nak berlagak baik, tapi aku tidak mahu mengganggu urusan AGAMA dan KEHIDUPAN ku, dan aku juga berpesan jika kawan kenalan ku itu sudah bermesej dengan lelaki lain atas tujuan untuk mencari pasangan, aku berpesan, tinggalkan aku sahaja kerana aku tidak mahu jadi orang ketiga dan aku tahu bagaimana perasaan itu (~~_)

semoga apa yang aku lakukan sekarang adalah terbaik untuk diriku amin ya allah
Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Suko Qechek :

Post a Comment