IsU Kebangkitan Mahasiswa!!

Assalamualaikum wbt

ALLAHUAKHBAR

Laungan pertama yang aku berikan kepada Mahasiswa yang menuntut kebebasan akademik, pada 17/12/2011 diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan AKADEMIK oleh MAHASISWA.

Aku suka menyatakan inilah yang boleh diperjuangkan oleh MAHASISWA dalam mencari kebenaran di negara MALAYSIA, cuma yang aku kesal apabila parti politik KERAJAAN DAN PEMBANGKANG mula memainkan peranan mereka untuk meraih undi daripada rakyat, seperti mana aku mencari maklumat tentang mahasiswa UPSI, ADAM ADLI, bagi aku dia seorang pejuang yang hebat namun aku kecewa bila dapat tahu dia lebih seiring dengan PR, bagi aku tidak salah menyokong mana-mana pihak tapi aku ingin lihat kebangkitan mahasiswa seperti zaman TUN DR MAHATHIR bersama DATO ANWAR IBRAHIM berganding bahu dalam mencari hak dan keadilan tanpa mengira parti politik. Aku lebih suka jika MAHASISWA menuntut hak kebebasan atas nama MAHASISWA bukan atas NAMA POLITIK KOTOR (RUJUK BN & PR) tapi aku tidak menafikan masih ada pemimpin PR dan BN yang baik dan betul2 berjuang demi rakyat (Pemimpin macam ini biasa tidak digembar gemburkan di dalam media baik utusan or harakah) , 

Isu bendera adalah remeh temeh bagi aku cuma yang aku kesal apabila ada parti politik cuba meraih undi dengan tindakan MAHASISWA ini, seperti mana penyokong tegar PAS dan PKR mengatakan ia hanya merujuk sebagai tanda sokongan bukan meraih undi, ini adalah kenyataan "Play Safe" , sila rujuk kembali bagaimana ingin meraih undi dalam politik. Aku juga sering melawati FB page yang menyokong Adam, FB yang mengutuk tindakannya, macam2 lagilah, bagi satu je isu yang aku hampir nak tergelak, isu perkerjaan kenapa kerajaan tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada Mahasiswa, adehhh, knapa masih mengharap kepada kerajaan yang sememangnya xdpt nak bagi, kapasiti yang ditanggung oleh kerajaan adalah amat besar sekali, ini menyebabkan berlaku pengangguran dikalangan Mahasiswa, dan aku suka nyatakan kalulah peluang kerja ada masakan KPT umum pada IPT wajib lahirkan usahawan mahasiswa 5% setiap tahun, (PK la ye)

Isu kedua, adalah Isu kebebasan akademik, seperti mana berlaku kepada Prof Abdul Aziz Bari, bagi aku tidak ada masalah jika golongan akademik nak memberi pandangan even kepada SULTAN sekali pun jika ia membabitkan kesalahan dan kezaliman, namun apabila dapat tahu Prof ini mesra PR, sekali lagi aku kecewa, kenapa jika kita ingin berjuang mesti menggunakan 2 parti politik ini BN dan PR, tidak bolehkah kita , golongan akademik bergerak sendiri???...Cuba kita praktikkan berjuang tanpa mereka!!

Kepada AdamAdli, syabas kerana anda seorang pejuang yang hebat cuma nasihat aku kpd ko, cuba larikan dri dari paksi perjuangan politik kotor PR dan BN, berjuang kpd paksi perjuangan MAHASISWA dan jangan biarkan golongan AKADEMIK ini ditindas oleh PR dan BN.

Aku dulu pun aktivis mahasiswa namun aku sudah berhenti apabila aku sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan MAHASISWA sekarang ini kerana ia lebih kepada parti politik negara, bukan atas dasar perjuangan politik sendiri, Kini aku selesa sebagai seorang usahawan dan aku yakin perjuangan aku dalam bidang usahawan lebih diberkati oleh ALLAH dari politik yang kotor, dan tak mustahil suatu hari nanti aku akan buat "comeback" dalam politik MAHASISWA!!Insyallah

ALLAHUAKHBAR!!
Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Suko Qechek :

Post a Comment