Sesuatu yang indah......

Assalamualaikum wbt

Di dalam hidup manusia, mesti ada kisah yang indah dan dan sedih...terutama apabila kita mengenali seseorang..ya...aku sedang mengenali seseorang tapi ia tidak kesudahan dengan baik, ...inilah kisah aku, keindahan aku terasa hanyalah sekejap...tidak seperti orang lain tapi aku memahami sebab itu aku amik keputusan untuk aku terima keadaan ini walaupun ia seperti berat sebelah..

Hari terindah apabila aku sedar dia bukanlah seorang perempuan tapi bidadari dari kayangan, ia turun tanpa aku sedari, ia datang dan pergi ketika aku berada di mana2 di kawasan terengganu, pada mulanya aku hormati dia sebagai kawan aku...dia baik, dia sangat kejam (suka panggil aku pakcik sebab aku tua dari dia), dia suka kepada teddy bear, dia seorang simple, dia bukan seorang yang suka berfesyen, dia hanya ordinary woman, tapi dia sangat lantang dalam perjuangan dia, itu yang buat aku tertarik, bukan senang untuk mencari bakal teman hidup tapi kerana kelantangan dia di dalam perjuangan akademik dan agama, buat aku berkata "wah ini yang aku cari"

Pertemuan pertama tidaklah seberapa indah, hanya bermula mesej di facebook, mengajak beliau ke program AVAIL, berkongsi masalah, berkongsi pendapat, bertanyakan khabar sehingga menjadi satu titik permulaan apabila aku beranikan diri untuk meluahkan perasaan aku, dan aku gembira kerana aku bukan bertepuk sebelah tangan, dengan gembira aku menerima pelawaannya...tapi kami buat satu syarat, kami tidak mahu terikat, kami mahu bebas buat apa sahaja, dan ia berlalu dengan gembira tanpa rasa sedikit rasa gementar dan takut, alhamdulilah, kami masih berpaksi kepada agama, ucapan rindu dan sayang hanya dilepaskan melalui berdoa sahaja...

Sehingga ke bulan 4, aku ada mengalami masalah, aku cuba lari dari rumah sewa semata-mata mahu menelefon pada pukul 3 pagi hanya untuk memujuk kerana ia berlaku salah faham..dan pada waktu itu aku sudah bersedia melepaskannya sebab aku sudah berjanji padanya jika ada lelaki yang lebih baik dari aku, tinggalkan aku, tapi dia menjawab suruh aku berusaha, dan aku buktikan aku boleh menjaganya, dan betul kata orang, semakin kita berkenalan semakin banyak diuji, kegembiraan aku tidak bertahan lama, hanya kerana masalah berlaku sekali lagi, apabila aku telah menetapkan masa untuk aku cari apa yang aku nak dalam masa 4 tahun dan dia rasakan ia adalah sia-sia baginya, dan aku cuba explain dan ia hanya indah di mata aku bukan mata dia, pada bulan lepas, aku sekali lagi dilepaskan olehnya tanpa memberitahu sebab musabab, dan aku cuba positifkan diri maybe aku telah buat dia dosa dengan ALLAH dengan menyuting hati dia, cuma aku dan ALLAH sahaja tahu perasaan aku, menangis ada, sedih ada, kecewa ada, tapi aku tetap tahankan hati aku, aku tetap kuatkan diri aku, dia pergi dengan bisu seribu bahasa, melangkah dari hidup ku tanpa bunyi tapak kaki, getaran hati aku semakin hilang, ...dan aku ada minta nasihat dari sahabat2, alhamdulilah, aku diberikan kekuatan untuk aku gembirakan hati aku, ....

Bila sampai di bumi terengganu, aku sendiri masih cuba ingatkan dia apatah lagi bila bertembung tanpa dirancang dengan nya, dan aku cuba kuatkan hati ku, butakan mata, pekakkan telinga, sebab aku tahu, dia lebih selesa tanpa hadir dalam hidup ku, dia lebih gembira tanpa hadir rasa cinta terhadap aku, aku tahu walau ati aku tak rela, biarlah ia terseksa, asalkan dia gembira.................................................................................

Aku doakan dia semoga dia berbahagia dengan hidup dia, aku doakan dia dapat jodoh yang lebih baik dari aku, Semoga apa yang aku dan dia lalui hanyalah kenangan hidup dan rempah hidup untuk mematangkan aku terutama soal jodoh..................

Semoga Tudung menjadi pelindung aurat mu
Pasar Malam tempat pertemuan 2hati
Keropok sajian untuk terbaik yang pernah dikau makan
Janji Agar2 menjadi saksi pertemuan dan perpisahan
Semoga Batu diberikan mengingati dikau akan pada ALLAH swt..

Lagu ini khas buat dia,...lagu tomorrow, apa yang akan berlaku pada esok kita tidak tahu tapi yang pasti ia terbaik buat kita dan kedamain yang kita cari =)



Share on Google Plus

About admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 Suko Qechek :